web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM1 Juta

Ganti rugi sebanyak RM1 juta adalah untuk kerosakan yang dilakukan terhadap status, reputasi, maruah, imej serta tekanan mental dan emosi yang dialaminya

Selebriti Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 8:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Memfitnah. Menyebarkan fitnah. Menuduh tanpa bukti. Lain kali nak menghina dan memfitnah pastikan berserta bukti bukan jadi tin kosong. Jumpa nanti di mahkamah,” kongsi pelakon Puteri Sarah Liyana menerusi sebuah hantaran di akaun Instagramnya pada petang Rabu.

Terdahulu, dia juga telah memuat naik notis tuntutan kenyataan fitnah yang diserahkan kepada Nazatul Nazira Binti Zainol Abidin yang juga merupakan pegawai pemasaran kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang diyakini boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang selebriti dan ahli perniagaan.

Puteri Sarah Liyana - gambar fail
Puteri Sarah Liyana - gambar fail

Merujuk kepada notis yang dikeluarkan terdapat lima bukti kenyataan yang dimuat naik di Instagram Stories dan WhatsApp Stories. Berikut adalah petikan daripada notis tuntutan tersebut:

“Kami juga telah diarahkan untuk menyatakan bahawa, Puan telah memuat naik beberapa kenyataan (selepas ini disebut sebagai ‘kenyataan tersebut’) dengan menyatakan dan menyebarkan pernyataan-pernyataan dan/atau komen-komen yang mana adalah difahami sebagai rujukan secara langsung dan/atau secara tersiratnya (innuendo) merujuk kepada diri anak guam kami antara lainnya memberi maksud sepertimana berikut:-

a. "Deal dgn artis yang makan dadah ni mmg failed. Spin habis", membawa maksud bahawa anak guam kami mengambil dadah;

b. "Orang nak berniaga, u nak niaga. Tapi bodoh sombong. Taknak belajar", membawa maksud bahawa anak guam kami adalah seorang yang bodoh sombong dan anak guam kami malas untuk belajar

c. "Bila ada orang rompak rompak u, seolah-olah rompak opak I I lah. lah. Ofkos Ofkos I haling. I bagitahu u. Tapi u tak percaya. Now u tengah bela biawak tu. Dia tengah sedap merompak u. Kesian" , membawa maksud bahawa anak guam kami telah memberi wang, menyara dan/membela seorang individu yang mana dipercayai dan boleh diketahui bernama ‘Andy;

a. "Dulu waktu jadi bisnes patner u, I sentiasa cari jalan untuk buat yang terbaik unt company kita. Jaga profit company and etc", membawa maksud bahawa Puan adalah rakan kongsi kepada anak guam kami untuk satu perniagaan; dan

e. "U sibuk ke bahagian i. Orang tepi ketiak u, u tak nak tengok. U canang sana sini I ni staff u. Bila masa I jadi staff u? Excited dengan title bos ke? Nak jadi bos, jadi bos yang ada otak. Boleh fikir. Jadi bos yang bijak", membawa maksud bahawa anak guam kami adalah individu yang tidak bertanggungjawab dan suka menganiaya orang lain khususnya kepada pekerja-pekerja anak guam kami dan juga Puan.

Sehubungan dengan itu, Puteri Sarah menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta secara berasingan untuk kerosakan yang dilakukan terhadap status, reputasi, maruah, imej serta tekanan mental dan emosi yang dialami.

Selain itu, permohonan maaf secara terbuka perlu dibuat kepada Puteri Sarah serta perintah injunksi bagi menghalang daripada menerbitkan kenyataan yang sama pada masa hadapan.

Terdahulu, program hiburan Melodi ada mempertontonkan temubual bersama seorang individu yang mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang pelakon popular yang juga rakan perniagaannya. 

Menerusi temubual itu, individu terbabit telah mendakwa pelakon itu telah memutar-belitkan cerita sebenar dan mengeluarkan kenyataan yang tidak betul. 

Biarpun tiada nama yang disebut, namun ramai yang percaya ia ditujukan kepada Puteri Sarah.

Sebelum ini, Puteri Sarah juga pernah berkongsi tentang seorang individu telah melarikan wangnya yang berjumlah RM26,000. - Getaran, 14 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

2

Selebriti 3 hari yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

3

Selebriti 4 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara