web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bersabarlah Peminat Bieber, Konsert Akan Ditunda Sehingga Tahun Depan

Justin Bieber sekali lagi menunda baki siri konsert jelajahnya ke tahun hadapan dan peminat boleh minta pulangan semula wang  dalam masa 14 hari atau kekalkan tiket tanpa caj tambahan.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 10:00AM

Konsert Justin Bieber ditunda ke tahun depan. - Gambar Instagram Justin Bieber

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya peminat-peminat Justin Bieber harus bersabar kerana penyanyi pop terkenal dunia itu terpaksa menangguhkan sesi konsert jelajahnya ke tahun hadapan.

Perkara itu telah diumumkan oleh PR Worldwide menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi mereka. 

⁠Siri jelajah konsert Justin Bieber yang asalnya dijadualkan pada tahun 2020 terpaksa ditunda gara-gara pandemik COVID-19. Namun kembali bersambung pada Februari tahun 2022 bermula di San Diego, California dan telah menjelajah ke 10 negara di tiga benua.

Pada 6 September lalu, Justin buat kali pertama telah mengumumkan bahawa dia akan berehat dari siri jelajah ini kerana mahu mengutamakan kesihatannya. Kemudian pada 15 September 2022, dia mengumumkan membatalkan 12 persembahan yang akan berlangsung pada Oktober. 

Dengan pengumuman terbaru yang dibuat ini, baki konsert yang tinggal secara rasminya ditunda. Tarikh baru akan diumumkan tertakluk kepada kelapangan tempat dan tarikh.

Peminat di Malaysia yang telah membeli tiket konsert yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Oktober ini harus menunggu berita lanjut mengenai tarikh baharu apabila kemas kini tersedia. ⁠

Semua pembeli tiket akan diberikan tempoh 14 hari dari 7 sehingga 20 Oktober untuk mengekalkan tiket atau meminta pulangan semula wang melalui ‘borang permintaan’ yang akan dihantar ke e-mel berdaftar yang digunakan sewaktu pembelian. 

Tiket sedia ada anda masih sah untuk tarikh baharu dan akan diberi tanpa kos tambahan kepada pemegang tiket sekiranya anda memilih untuk mengekalkan tiket anda. Tiket baharu akan dikeluarkan semula kepada anda untuk pertunjukan yang dijadualkan semula sebaik sahaja tarikh tayangan baharu ⁠diumumkan.⁠

Layari www.golive-asia.com untuk maklumat lanjut mengenai pulangan semula wang atau boleh e-mel kepada refund_exchange@mindful-tech.com . – Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara