web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Pun Tak Nak Rosakkan Lagu Orang - Wani Kayrie Ganti Ernie Zakri 

Menurut Wani, dia tidak terlibat dengan sebarang perbincangan dan segala keputusan pertukaran penyanyi adalah bergantung kepada keputusan pihak label. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 8:00PM

Ahmad Syafiq dan Wani Kayrie - Gambar ihsan TV3

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Wani Kayrie mengakui terkejut ditawarkan peluang menggantikan Ernie Zakri menyanyikan lagu 'Berakhirlah Pencarianku' yang sepatutnya dinyanyikan secara duet bersama-sama Hafiz Suip di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-37. 

Menurut Wani, dia tidak terlibat dengan sebarang perbincangan dan segala keputusan pertukaran penyanyi adalah bergantung kepada keputusan pihak label. 

“Saya pun baru tahu, kira-kira kurang seminggu untuk menggantikan Ernie. Ini adalah perbincangan sepenuhnya oleh kedua-dua label iaitu Rocketfuel Entertainment dan Nova. Semua telah bersetuju dengan keputusan ini termasuk komposer. 

“Pada awalnya saya agak ragu-ragu menerima tawaran ini kerana lagu dan penyanyi asalnya hebart. Tapi saya anggap ia sebagai tanggungjawab dan kepercayaan yang besar diberikan kepada saya,” kata Wani ketika ditemui Getaran di sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-37 baru-baru ini.

Mengagumi Ernie yang sebelum ini pernah menjadi guru vokalnya, Wani bertekad untuk menyampaikan lagu 'Berakhirlah Pencarianku' sehabis baik. 

“Saya pernah berguru dengan Ernie dan dia pernah menjadi guru vokal saya. Dia tahu kebolehan saya bagaimana. Suara saya besar dan kuat, cuma saya kena tambah teknik untuk lembutkan suara menyanyikan lagu ini. Saya pun tak nak merosakkan lagu orang. Cuma saya tak nak jadi Ernie kedua, saya akan lakukan yang terbaik.

Selepas ini saya akan berjumpa Hafiz dan Ernie sekali untuk kami berbincang sekali lagi dan mendapatkan nasihat. Saya pun pertama kali menjejakkan kaki ke semi final muzik-muzik. Persiapan dilakukan dengan minimal namun terbaik,” tambahnya. 

Wani bakal mempersembahkan lagu 'Berakhirlah Pencarianku' bersama Ahmad Syafiq bagi menggantikan penyanyi asalnya Ernie Zakri dan Hafiz Suip.

Terdahulu, penyanyi Ernie Zakri mengesahkan tidak akan menyanyikan lagu 'Berakhirlah Pencarianku'. Keputusan tersebut telah dibuat oleh pihak pengurusan dan dia akur dengan perubahan itu.

Pentas separuh akhir Muzik-Muzik Ke-37 bakal diadakan pada 25 dan 26 November ini. 30 lagu dipertandingkan untuk disenarai pendek ke Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37). - Getaran, 14 November 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

TARA 9 bulan yang lalu

Kepulangan Hafiz Suip

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Hafiz Suip Terus Bersinar, Tidak Lagi Berambut Hijau

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara