web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hafiz Suip Terus Bersinar, Tidak Lagi Berambut Hijau

Akui imej rambut hijau sebelum ini adalah bertujuan mengundang sensasi bagi mempromosikan single terbaharu

Selebriti Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2023 8:14AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemenang Anugerah Juara Lagu 26, Hafiz Suip, 33 mengakui penampilannya berambut hijau baru-baru ini adalah untuk meraih perhatian dan mempromosikan single terbaharunya, Terus Bersinar.

Jelas Hafiz, sebagai seorang penyanyi dan penghibur dia terpaksa akur dengan kehendak semasa yang memerlukan elemen sensasi untuk terus bertahan dalam industri. 

“Memang saya tidak nafikan, penampilan berambut hijau tempoh hari adalah salah satu teknik pemasaran bagi memancing perhatian ramai. Saya perlukan elemen sensasi agar orang boleh memberi perhatian kepada single terbaharu saya ini.

“Dulu saya memang tidak berapa sangat dengan media sosial, saya hanya ada Facebook dan Instagram, tapi kini saya perlu buat akaun TikTok juga untuk kekal relevan,” katanya kepada pihak media ketika majlis pelancaran single Terus Bersinar pada Selasa.

Tambah Hafiz, dia juga maklum bahawa ramai selebriti pada hari ini menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan diri. 

“Memang boleh sahaja buat cara lama untuk mempromosikan single terbaharu ini, namun impaknya mungkin tidak sehebat dengan penampilan imej berambut hijau yang saya lakukan. Apabila orang mula memberi perhatian kepada saya, secara tidak langsung, ia juga membantu mempromosikan single terbaharu ini,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Hafiz juga mengakui perbuatan mewarna rambut dengan warna hijau itu adalah salah di sisi agama, tetaoi dia tetap meneruskan niat semata-mata atas tuntutan kerja.

“Sejujurnya, perasaan bersalah itu tetap ada. Tapi bila difikirkan semula apa yang saya buat ini atas tuntutan kerja, saya teruskan sahaja,” ujarnya.

Single Terus Bersinar merupakan terbitan syarikat rakaman Nova Music dan ia membawa mesej untuk seorang anak.

“Sepanjang kerjaya, saya sudah merakamkan lagu yang menceritakan mengenai lumrah kehidupan yang semua orang lalui. Contohnya, lirik lagu Matahari mengisahkan hubungan kesusahan adik-beradik.

“Lagu Awan Nano pula menceritakan pengorbanan seorang ayah, manakala lagu Kisah Cinta Kita adalah terjemahan kasih sayang antara suami dan isteri. Jadi, untuk lagu Terus Bersinar ini, mesej yang ingin disampaikan pula adalah mengenai anak,” ulasnya. 

Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Hafiz berkata sebaik sahaja dia mendengarkan melodi lagu ini dia terus jatuh cinta.

“Masih mengekalkan genre balada, cuma ada sedikit sentuhan alat muzik tradisional Sarawak, Sape pada penghujung lagu. Saya percaya lagu ini Insya Allah boleh mendapat tempat di hati pendengar. Begitu juga dengan video muzik yang mana menceritakan kisah ibu bapa yang menjaga dan membesarkan anak daripada kecil hingga dewasa,” kongsinya.

Dengarkan dan tonton muzik video Terus Bersinar di saluran YouTube Nova Music Videos. - Getaran, 22 November 2023

Foto : Universal Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

2

Selebriti 3 hari yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

3

Selebriti 5 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara