web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Band K-pop, Epex Tak Pernah Buat Konsert Di Negara Sendiri, Tapi Bakal Beraksi Di Malaysia 

Konsert perdana band K-pop, Epex yang juga pemenang anugerah ‘Rookie of The Year’ di Seoul Music Awards tahun ini akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 6 Januari 2023. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 12:00PM

Epex - Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum ini, band K-pop wanita terkenal Blackpink telah pun mengesahkan kehadiran mereka ke ibu kota Malaysia, bagi jayakan satu lagi jelajah konsert dunia pada tahun hadapan.

Terbaharu,  band K-pop lelaki Epex yang merupakan pemenang anugerah ‘Rookie of The Year’ di Seoul Music Awards tahun ini, dikhabarkan bakal mengadakan konsert perdana mereka di Zepp Kuala Lumpur pada 6 Januari 2023 jam 8 malam.

Nampak gayanya, terpaksalah peminat K-pop di negara ini berjimat cermat dan menabung untuk menyaksikan band lelaki yang kian popular dari Korea Selatan ini beraksi di Kuala Lumpur.

Difahamkan konsert Epex ini adalah kerjasama bersepadu di antara Rocketfuel Entertainment bersama syarikat pengurusan artis Korea Selatan terkenal, C9 Entertainment. 

Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna berkata, dalam usaha mereka  memperkenalkan rangka terbaharunya sejajar dengan tahun kesepuluh penubuhannya.

“Sebelum ini, telah bawakan hiburan berbentuk fizikal seperti konsert artis-artis dalam dalam negara dan langkah seterusnya adalah membawakan artis antarabangsa pula ke negara kita. 

“Sebagai permulaan, band K-Pop Epex dipilih menghiasi diari tahun baharu pada 2023 nanti kerana potensi yang dimiliki selain muda dan penuh berbakat serta dikatakan menjadi ‘the-next-big-thing’ di persada muzik K-Pop,” katanya. 

Menurut Feros lagi, tempoh perancangan konsert perdana Epex in Kuala Lumpur 2023 ini telah pun bermula pada Jun lalu.

“Ini merupakan konsert pertama seumpanya oleh Epex dan mereka tidak pernah membuat konsert di mana-mana lokasi bahkan di negara mereka sendiri.

“Dan peminat K-Pop band ini bakal dihiburkan dengan persembahan yang memukau selama 2 jam tanpa henti dan pastinya ada kejutan yang bakal dibuat, oleh itu rugi bagi sesiapa yang terlepas peluang keemasan ini,” ujar Feros. 

Epex yang dahulunya dikenali sebagai ‘C9ROOKIES’ terdiri dari lapan anak muda berbakat luar biasa iaitu Wish, Keum, MU, A-Min, Bakeseung, Ayden, Yewang dan juga Jeff.

Baru-baru ini, Epex telah memenangi anugerah ‘The Male Idol in The Rise’, di Hallyu Influencer Grand Prize Awards, selain  anugerah ‘Rookie of The Year’ di Seoul Music Awards.

Tiket-tiket bagi konsert Epex akan dijual berharga pada kategori Rockstar (RM488), Rockzone (RM388) dan CAT 1 (RM288).

Tiket akan mula dijual pada hari Jumaat, 18 November 2022 bermula pada jam 12 tengah hari di www.ticketcharge.com.my. – Getaran, 16 November 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara