web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Inspirasi 'Glimps Of Us', Aisha Retno Perkenalkan 'I Love Sadness More'!

Aisha bersyukur dengan sambutan yang menggalakkan terhadap karya-karya beliau seperti yang dipetik daripada laporan tahunan pelantar muzik Spotify, iaitu Spotify Wrapped.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 6:00PM

Aisha Retno - Gambar ihsan Sony Music Malaysia

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas beberapa bulan tampil dengan lagu berentak EDM berjudul ‘Sutera’, penyanyi yang kian meningkat naik, Aisha Retno tampil dengan single berbahasa Inggeris terbaharu berjudul ‘I.L.S.M’ bermaksud 'I Love Sadness More'.

Aisha yang ditemui Getaran di ibu negara berkata, ‘I.L.S.M’ dikeluarkan sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang menyambut baik single terdahulu berjudul ‘W.H.U.T’ yang sudah mencatatkan sehingga 32 juta penstriman di Spotify. 

“Lagu ini sangat peribadi kepada saya, kedua-duanya berdasarkan kisah sebenar. Kalau W.H.U.T lebih kepada cinta monyet, I.L.S.M tentang sudah masanya saya lebih serius dalam bercinta. I.L.S.M fasa di mana saya menjadi lebih matang dan mahu tahu lebih mendalam tentang cinta,” tambahnya lagi. 

Menurut Aisha juga, I.L.S.M bercerita tentang seseorang yang sedang dalam hubungan baharu tetapi masih belum sembuh daripada hubungan terdahulu. Aisha juga mengakui lagu ini sedikit sebanyak mengambil inspirasi daripada lagu Glimpes of Us nyanyian Joji yang pernah tular di media sosial. 

“Dari segi lirik, I.L.S.M memang mengambil inspirasi daripada lagu tersebut. Lagu itu memang indah. Kebetulan ketika lagu itu keluar, saya melalui fasa belum move on tersebut, jadi saya menulis versi saya, tetapi dari sudut pandang seorang wanita.”

Dalam perkembangan lain, Aisha juga bersyukur dengan sambutan yang menggalakkan terhadap karya-karya beliau seperti yang dipetik daripada laporan tahunan pelantar muzik Spotify, iaitu Spotify Wrapped.

“Julung kali saya lihat Spotify Wrapped sebenarnya. Kalau sebelum ini, pengurusan yang lihat laporan Spotify Wrapped, tahun ini ada keyakinan sedikit. 

“Dapat dilihat laporan tersebut mencecah angka yang tidak disangka-sangkakan, statistik juga naik berbanding tahun sebelum. Saya betul-betul bersyukur, dan saya tidak akan berhenti menghasilkan muzik. Jikalau diberikan rezeki, saya ingin menaikkan lagi angka di Spotify,” responnya.

Gambar ihsan Sony Music Malaysia
Gambar ihsan Sony Music Malaysia

Terdahulu  infografik Spotify Wrapped for Artist yang dikongsikan Aisha di laman Instagramnya, penstriman lagu-lagunya mencecah hampir 33 juta, merangkumi 5.4 juta pendengar daripada 179 negara.

Ditanya mengenai perancangan kerjaya bagi tahun 2023, Aisha berkata dia bersama pengurusannya Sony Music Malaysia merencana untuk mengeluarkan EP pertamanya tahun hadapan.

“Saya akan hasilkan beberapa lagu-lagu khusus untuk EP tersebut dan juga akan masukkan beberapa lagu terdahulu. Pemilihan lagu juga mengambil masa. Saya mengambil ini sebagai satu tanggungjawab besar untuk saya pikul.”

Tambah Aisha lagi, jika mendapat sambutan yang baik, EP tersebut akan disusuli dengan showcase pada tahun hadapan, bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi di bandar-bandar lain juga.”

Single I.L.S.M kini tersedia di semua pelantar muzik termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Aisha Retno.  - Getaran, 12 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Sedia Digosipkan Bersama, Jarak Akhirnya Berjaya ‘Menyatukan’ Aisha Retno Dan Aziz Harun

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

'Dia Tak Ada Musuh,' 10 Tahun Bersahabat, Budi Doremi Doakan Kamal Adli Cepat Sembuh

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Saya Jumpa Dia Sekali Saja, Tapi Tak Boleh Lupa - RADi Jelaskan Tentang Cinta Pandang Pertamanya

4

TARA 2 tahun yang lalu

Pernah Dikutuk Tak Layak Jadi Penyanyi, Aisha Retno Kental Tampil Showcase Pertama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara