web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Dia Tak Ada Musuh,' 10 Tahun Bersahabat, Budi Doremi Doakan Kamal Adli Cepat Sembuh

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 2:22PM

Uqasha Senrose, Kamal Adli dan Budi Doremi - Gambar Instagram Budi Doremi

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkejut dan bersimpati dengan insiden serangan yang menimpa Kamal Adli di Singapura baru-baru ini, penyanyi Indonesia, Budi Doremi mendoakan agar sahabatnya itu cepat sembuh dan boleh kembali beraksi di pentas lakonan seperti biasa. 

Menurut pemilik nama sebenar Syahbudin Syukur itu lagi, Kamal sudah lama merancang untuk hadir ke konsert perdananya di Malaysia bersama-sama Nidji menerusi Konsert Dream Festival malam tadi. Namun apakan daya, Kamal yang baru menjalani pembedahan masih belum sembuh sepenuhnya. 

“Saya memang sudah lama mengundang Kamal untuk hadir ke konsert malam ini, memandangkan kali terakhir kami berjumpa adalah pada tahun 2022. Ketika itu saya mempromosikan lagu di Malaysia.

“Tapi dia sempat mengirimkan pesanan minta maaf tidak dapat hadir kerana  belum diberi izin untuk keluar.

“Saya memang sangat mahu melawat Kamal kerana dia merupakan antara sahabat saya di Malaysia. 

“Tapi jadual kerja saya yang sangat padat membataskan waktu saya untuk bertemunya,” katanya ketika ditemui di Konsert Dream Festival yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur malam tadi. 

Menurut pelantun lagu ‘Melukis Senja’ itu lagi, sepanjang bersahabat dengan Kamal selama sedekad, dia merupakan seorang kawan yang baik dan tidak memiliki musuh. Oleh itu, insiden serangan yang berlaku di Singapura minggu lalu sangat mengejutkan.

“Saya tahu Kamal adalah orang yang tak punya musuh dan sangat baik. Tapi ternyata sebaik-baik orang masih ada yang tidak suka. Semoga Kamal cepat sembuh dan kembali sihat seperti dahulu kala,” tambahnya. 

Dalam konsert yang berdurasi dua jam itu, Budi Doremi menyanyikan 10 lagu termasuk lagu hit yang tular di Malaysia seperti ‘Tolong’, ‘Melukis Senja’, ‘Tak Kan Hilang’ dan ‘Mesin Waktu’. Dia turut menyanyikan ‘Terukir Di Bintang’ bersama-sama Aisha Retno dan ‘Laskar Pelangi’ bersama-sama Nidji.

“Mengadakan konsert di Malaysia sudah menjadi cita-cita saya sejak dahulu. Alhamdulillah, saya sangat gembira. Sebelum ini kawan-kawan saya di Malaysia memang pernah beritahu yang lagu saya diterima khalayak Malaysia. Ternyata, memang benar, saya mempunyai peminat di sini,” katanya.

Turut sama memeriahkan pentas Konsert Dream Festival malam tadi ialah Aisha Retno sebagai persembahan pembukaan. Konsert bertambah hangat dengan persembahan Nidji yang menyanyikan 12 lagu seperti ‘Bila Aku Jatuh Cinta’, ‘Sumpah dan Cinta Matiku’, ‘Teroesir’ dan ‘Hapus Aku’. - Getaran, 20 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara