web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Layla Sania Teruja Nyanyi Lagu Mandarin Pertama

Gadis kecil molek berbangsa Melayu ini muncul dengan lagu Mandarin pertamanya bertajuk ‘By Your Side’.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 9:30AM

Layla Sania. Gambar: Warner Music Malaysia

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lebih dikenali selepas menyanyikan lagu penyanyi Taiwan, Tiger Huang di pertandingan ‘I Can See Your Voice,’ Layla Sania melancarkan pula lagu pertamanya dalam bahasa Mandarin bertajuk 'By Your Side.'

Berbual dengan penyanyi yang baru sahaja berusia 19 tahun ini, dia amat berharap untuk memiliki sebuah lagu dalam bahasa Mandarin dan berhasrat untuk menambat hati peminatnya yang tersendiri.

“Ini adalah single pertama saya yang berbahasa Mandarin. Saya amat teruja dan pada masa sama, saya juga terharu kerana tidak sabar untuk melihat reaksi peminat mendengar buah tangan terbaru saya ini,” ujar Layla Sania.

Nampaknya, Layla boleh menarik nafas lega dan terus mengorak langkah untuk mencapai impiannya itu dengan pelancaran ‘By Your Side’.

Layla Sania. Gambar: Warner Music
Layla Sania. Gambar: Warner Music

By Your Side’ adalah hasil nukilan Joshua Goh dan Rolan Lim. Manakala muziknya pula disusun oleh Danning Z. Lagu ini memberi semangat kepada pendengar untuk terus menggapai impian dan tetap teguh mengharungi kehidupan bersama yang tersayang.

Layla juga berharap pendengar akan berasa tenang dan dekat di hati mereka apabila mendengarnya. Apabila ditanya tentang cabaran dalam penghasilan lagu ini, Layla berkata, 

“Untuk menyebut setiap perkataan dengan betul adalah perkara yang paling sukar bagi saya. Bercakap dan menyanyi dalam bahasa Mandarin adalah dua perkara yang berbeza.”

“Saya amat lancar bercakap dalam Bahasa Mandarin, tetapi apabila menyanyi, saya perlu pastikan sebutannya betul. Saya banyak menghabiskan masa untuk berlatih dan mengasah sebutan perkataan dalam Bahasa Mandarin menerusi lagu ini.”

“Saya amat bersyukur kerana ramai pihak membantu saya dalam menjayakan lagu ini,” ucap Layla dalam nada syukur.

Untuk muzik video ‘By Your Side’, penyanyi popular Uriah See diangkat menjadi pelakon utama, “Kali pertama saya berjumpa Uriah, dia seorang yang peramah. Saya amat berbesar hati dengan penglibatan Uriah untuk muzik video ‘By Your Side’ ini,” jelas Layla.

Terdahulu, Layla sudah pun melancarkan lagu keduanya yang bertajuk ‘Lakaran’ pada 2020 selepas kejayaan lagu pertamanya, ‘Que Sera Sera’.

'By Your Side' diterbitkan dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia dan boleh didengari di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music. – Getaran, 17 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara