web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kumpulan IamNeeta Bakal Buat Konsert Julung kali Pertama Pada Tahun 2023

Kumpulan IamNeeta menganggap tahun 2023 adalah waktu yang tepat untuk mereka mengadakan konsert yang pertama selain mendapat lokasi yang menarik.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 7:00PM

IamNeeta dalam perancangan untuk memastikan hasrat mereka itu dapat direalisasikan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan IamNeeta berhasrat untuk mengadakan konsert sulung mereka pada bulan Mac tahun hadapan selepas sedekad berada dalam industri muzik.

Bahkan, kumpulan muzik pop rock itu itu mengakui, mereka dalam perancangan untuk memastikan hasrat mereka itu dapat direalisasikan.

“Perbincangan masih dilakukan dan termasuk memilih tarikh dan lokasi. Beberapa lokasi juga sudah kami lihat.

“Kami percaya semua penyanyi ingin dan nak mengadakan konsert. Jadi apabila kita sudah diberi kelonggaran dan peluang untuk menjayakannya, mengapa tidak? Semua orang pun pastinya teruja.

“Kami berharap dengan buat konsert, peminat akan datang menyokong, secara langsung membuatkan industri kita lebih berkembang,” ujar Neeta selaku vokalis kumpulan tersebut.

Neeta atau nama sebenarnya, Neeta Manishaa Manogaran berkata, tahun 2023 adalah waktu yang tepat untuk kumpulan mereka itu mengadakan konsert yang pertama.

Jelasnya, hampir dua tahun perjalanan kerjaya nyanyian kumpulan mereka tergendala berikutan pandemik COVID-19 mendorong kumpulan IamNeeta merangka strategi untuk menawan semula hati peminat.

“Perancangan konsert kami lebih kepada universiti tour (uni tour) kerana peminat kumpulan kami lebih kepada pelajar-pelajar uni.

“Kami juga bersikap terbuka jika ada di antara rakan-rakan band lain yang ingin bekerjasama dengan kami,” kata Neeta.

Selain Neeta, kumpulan IamNeeta turut  dianggotai Anas Zakwan Azhar selaku pemain bass dan Patrick (pemain gitar serta pencipta lagu).

Kumpulan yang popular dengan lagu ‘Terima Kasih’ ini telah berjaya menghasilkan sebanyak 13 buah lagu sepanjang 10 tahun berada dalam industri hiburan tanah air.

Baru-baru ini, kumpulan IamNeeta telah melancarkan lagu terbaharu mereka yang berjudul ‘Depresi’ di semua platform penstriman digital muzik bersama muzik video (MV) di saluran YouTube selaras dengan sambutan sedekad mereka di dalam industri muzik ini. - Getaran, 20 Disember 2022.

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara