web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sihat Atau Tidak, Saya Sedia Nyanyi Bersama Raihan - Ustaz Nazrey Alukan Kolaborasi Dengan Kumpulan Nasyid Itu 

Menurut bekas vokalis utama, kumpulan Raihan itu, dia sememangnya mengalu-alukan kolaborasi bersama kumpulan nasyid tersebut. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 5:00PM

Nazrey Johani - Gambar ihsan Scriptology Sdn Bhd 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas tular kisah sebenar di sebalik pengunduran dirinya daripada kumpulan Raihan, bekas anggota, Ustaz Nazrey Johani, 50, berkongsi bahawa di sentiasa bersedia untuk menyanyi bersama kumpulan nasyid tersebut.

Nazrey turut mengaku, bahawa pengurus kumpulan nasyid Raihan telah menghubunginya, berkenaan konsert kumpulan yang ditunda ke tahun ini, dijadualkan berlangsung pada 18 Februari ini di lokasi yang sama.

“Pada dasarnya, saya dapat tahu, memang idea membuat konsert kumpulan Raihan itu, ada melibatkan saya. Namun perbincang tersebut tidak berjaya, mungkin susulan persediaan kot, saya pun tidak beberapa pasti.

“Setelah rancangan tersebut tidak berjaya, saya dihubungi pengurus kumpulan Raihan, iaitu Farihin Abdul Fatah, untuk sekali lagi merancang  konsert tersebut. Mungkin kumpulan Raihan tidak pasti bahawa betul-betul saya sedia atau tidak, jadi mereka tak hubungi saya rasanya. Tapi Alhamdulillah, Farihin sudah hubungi saya,” katanya kepada Getaran.

Nazrey berbesar hati turut diundang membuat persembahan di konsert Saujana 25 Tahun yang bakal dilaksanakan di Zepp KL pada 5 Mac ini. - Gambar ihsan Scriptology Sdn Bhd 
Nazrey berbesar hati turut diundang membuat persembahan di konsert Saujana 25 Tahun yang bakal dilaksanakan di Zepp KL pada 5 Mac ini. - Gambar ihsan Scriptology Sdn Bhd 

Menurut bekas vokalis utama, kumpulan Raihan itu, dia sememangnya mengalu-alukan kolaborasi bersama  kumpulan nasyid tersebut. 

Jelas Nazrey, dia tidak mempunyai sebarang perselisihan fahaman dengan kumpulan Raihan, namun dirinya hanya risaukan berkenan ‘Konsert Garis Masa Raihan’ yang bakal dipentaskan di Shah Alam, bulan depan, berjalan lancar.

“Bagi saya konsert ini harus dijayakan, konsert ini harus dijalankan sebagai reunion kumpulan Raihan kepada peminatnya. Lagipun kita buat konsert bukan pada diri sendiri, kita buat hanya untuk entertainment Islam. 

“Jadi, setelah Farihin menghubungi saya, semestinya dia sudah pasti tahu bahawa Nazrey sentiasa bersedia untuk kumpulan Raihan ini. Saya sihat atau tidak, selagi suara saya boleh nyanyi, selagi itulah saya bersedia untuk nyanyi bersama kumpulan Raihan.

“Pandangan saya, walaupun tak menjadi konsert besar, sekurang-kurangnya ‘showcase’ reunion kumpulan Raihan pun dah Alhamdulillah. Jadi saya mendoakan ‘Konsert Garis Masa Raihan’ yang bakal dipentaskan dengan lancar.

“Saya bersyukur, konsert ini nanti juga bakal meraikan ulang tahun ke-26 kumpulan nasyid yang pernah dianggotai oleh saya pada era 1990-an,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Nazrey memberitahu dia berbesar hati dengan kemunculan di konsert Saujana 25 Tahun yang bakal dilaksanakan di Zepp KL pada 5 Mac ini.

Nazrey akan menyanyikan tiga buah lagi di konsert berkenaan, iaiatu dua lagu solo hasil ciptaan sendiri manakala satu lagi lagu bersama kumpulan Saujana. – Getaran, 27 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 8 bulan yang lalu

Laungan Azan Iringi Konsert Alif Satar and The Locos

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fesyen Ala ‘Drakula’ Atau Aina Abdul Di Konsert Saujana 25, Ini Penjelasan Sebenar Dr Idzu!

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Saya Hadapi Penyakit Kulit Sejak 17 Tahun Lalu - Ustaz Nazrey Johani Dedah Punca Dia Jarang Keluar 

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Dari Dulu, Orang Bukan Islam Yang Banyak Sokong Perjuangan Muzik Kami - Raihan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara