web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dari Dulu, Orang Bukan Islam Yang Banyak Sokong Perjuangan Muzik Kami - Raihan

Kata Raihan, mereka pernah menghantar kertas kerja kepada syarikat besar yang dimiliki orang Islam, namun sambutan yang diberikan tidak seberapa. 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 9:59PM

Raihan sedang membuat persediaan Konsert Garis yang bakal diadakan pada 26 November 2022. - Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengimbau perjalanan 25 tahun kumpulan nasyid antarabangsa, Raihan sejak ditubuhkan pada tahun 1996. Mereka tidak putus-putus mengucap syukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan termasuklah daripada  kalangan orang bukan Islam. 

Raihan yang kini dianggotai Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim merasakan sejak dahulu, perjuangan dakwah mereka di dalam muzik banyak dibantu oleh golongan tersebut. 

Kumpulan Raihan - Gambar fail
Kumpulan Raihan - Gambar fail

“Kelakar juga. Sejak dulu, peluang kami untuk mengetengahkan perjuangan dakwah menerusi irama nasyid banyak yang bagi  sokongan adalah mereka ini (orang bukan Islam). 

“Contohnya yang mula-mula ambil kami jadi artis rakaman pun Tan Sri Tony Fernandes. Waktu itu dia bersama Warner Music. Kami nyanyi depan dia, lepas itu terus tanda tangan. Selain itu David Teo, Metrowealth Pictures, ambil kami berlakon dalam filem Syukur 21. 

“Penganjur yang mula-mula menawarkan Raihan membuat persembahan di luar negara iaitu di Scotland juga dalam kalangan bukan Islam. Jadi, yang sentuh hati mereka siapa? Allah juga," kata Abu Bakar ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Garis Masa Raihan baru-baru ini. 

Bukan itu sahaja, ahli lain Che Amran mendedahkan mereka pernah menghantar kertas kerja kepada syarikat besar yang dimiliki orang Islam, namun sambutan yang diberikan tidak seberapa. 

“Kita pernah hantar kertas kerja ke syarikat gergasi ini. Tapi mereka risau tidak memberi Return on investment (ROI) yang baik. Ada pula yang lambat sangat balas,” katanya. 

Terkini, Raihan sedang membuat persediaan Konsert Garis yang bakal diadakan pada 26 November. Konsert yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, itu dijangka boleh memuatkan sehingga 7,000 pengunjung.

Konsert Garis Masa bakal berlangsung pada 26 November 2022. - Gambar fail
Konsert Garis Masa bakal berlangsung pada 26 November 2022. - Gambar fail

Persembahan berdurasi 90 minit yang akan bermula pada jam 8:40 minit itu juga menyaksikan Raihan mengalunkan lagu-lagu hit mereka termasuk Puji-Pujian, Iman Mutiara, Sesungguhnya, Thank You Allah, Syukur dan Senyum.

“Semoga peminat Raihan yang sedia ada boleh menggamit nostalgia dan boleh menarik peminat baru mengenali gaya muzik Raihan yang meriah dengan pelbagai instrumen.

“Di harap konsert ini akan membina satu kenangan baru antara Raihan dan peminat semua,” kata Che Amran.

Tiket konsert sudah mula dijual bermula 25 Ogos bermula pada harga RM95, RM110, RM170, RM200, RM250, RM300, RM350, RM450, dan RM500 di laman sesawang www.ticket2u.com.my. – Getaran, 2 September 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara