web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nyanyi Lagu OST Drama ‘Andai Itu Takdirnya’, Vanessa Reynauld Harap Ramai Yang Pulih Dari Putus Cinta

Menurut Vanessa, dia mula menyukai lagu tersebut sejak mula diberikan demo, meskipun ketika itu sentuhan akhir masih belum digarap sempurna.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 7:24PM

Vanessa Reynauld berharap lagu ‘Andai Itu Takdirnya’ yang telah dinyanyikan dengan jujur dari hatinya mendapat sambutan baik dari penonton - Gambar ihsan syarikat rakaman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tayangan drama berjudul ‘Andai Itu Takdirnya’ yang kini menggantikan ‘Akira Khan’ di Slot Megadrama di saluran Astro Ria 104 sekali lagi menggandingkan Hanna Delisha dan Shukri Yahaya sebagai teraju utama. 

Naskhah drama bersiri 60 episod ini diadaptasi daripada novel karya penulis popular, Siti Rosmizah, yang pastinya akan menambat hati penonton. 

Sama seperti drama, lagi ‘Andai Itu Takdirnya’ yang menjadi runut bunyi atau OST yang dikeluarkan juga ditulis Siti Rosmizah, serta digubah oleh Ejai Aziz dan Kelana.

Menariknya, lagu tersebut dinyanyikan penyanyi muda, Vanessa Reynauld yang mengakui berasa senang sepanjang terlibat dalam proses merakam lagu berkenaan.

Menurut Vanessa, dia mula menyukai lagu tersebut sejak mula diberikan demo, meskipun ketika itu sentuhan akhir masih belum digarap sempurna.

“Sebaik mendengar melodinya, saya rasakan ia mudah diingati dan sangat sedap didengar, lalu saya pun menerima tawaran untuk menyanyikan lagu ini. 

“Bait liriknya boleh menyentuh hati orang yang mendengar, saya juga menyukai elemen sedih dan perit yang cuba disampaikan dalam naskhah lagu ini,” katanya.

Pemenang Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) itu turut berkongsi interpretasinya tentang kisah yang terkandung dalam lagu ‘Andai Itu Takdirnya’. 

Kata Vanessa, lagu bertema cinta tersebut bukanlah terhad kepada satu situasi kehidupan semata-mata, ianya lebih daripada itu. 

“Kisah yang ditampilkan dalam lagu ini adalah tentang seseorang yang mencintai kekasihnya tetapi mereka tidak boleh bersama kerana tiada jodoh. Mereka terpaksa melepaskan pasangan meskipun saling mencintai. 

“Itulah yang kadang-kadang berlaku dalam kehidupan, ada orang terpaksa melepaskan kekasih atas pelbagai sebab, boleh jadi kerana hubungan cinta yang terjalin tidak sesuai untuk jangka masa lama dan macam-macam lagi. 

“Jadi kepada mereka yang sedang melalui fasa putus cinta boleh mengaitkan lagu ini dengan kisah hidup mereka. 

“Bukan kekasih sahaja, kisah lagu ini juga boleh diterjemahkan ke dalam kisah kehilangan insan yang disayangi seperti keluarga atau lain-lain,” ujarnya.

Vanessa atau nama sebenarnya Vanessa Ben Reynauld, 23, turut berharap lagu ‘Andai Itu Takdirnya’ yang telah dinyanyikan dengan jujur dari hatinya mendapat sambutan baik dari penonton. 

“Saya harap para pendengar dapat merasai kisah yang tersirat menerusi cara nyanyian yang saya sampaikan. 

“Saya juga mahu semua orang yang patah hati di luar sana untuk pulih segera. Semoga lagu ini dapat sambutan yang baik daripada para peminat saya.

“Saya harap lagu ini berjaya membuatkan orang ramai dengar berulang kali umpama 'menghantui' mereka, kerana secara peribadi saya sangat menyukai lagu ‘Andai Itu Takdirnya’, jadi saya harap para peminat merasakan hal sama,” tambahnya.

Lagu ‘Andai Itu Takdirnya’ juga boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. – Getaran, 13 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Petronas Paparkan Pahit Getir Rakyat Dalam 'Demi Cinta'

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara