web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPDN Adakan Perbincangan Kaedah Pembahagian Royalti Artis

Selain perbincangan mengenai pembayaran royalti, KPDN juga akan meneliti kaedah terbaik bagi membantu artis melibatkan diri dalam bidang perniagaan khususnya dalam memudah cara perniagaan serta produk mereka ke pasaran yang lebih luas.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 7:12PM

Barisan penyanyi Amok, Yantzen, Nash, Aris Ariwatan, Mus, Jatt, Joey BPR dan Rahmat Mega bergambar selepas Pelancaran Album dan Konsert Semangat Zaman di Kelab Golf Kota Permai, Kota Kemuning hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Beberapa siri perbincangan jawatankuasa bertindak bagi isu berkaitan industri muzik rakaman tanah air dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) khususnya dalam meneliti kaedah pembahagian royalti, sejak ia ditubuhkan Mac lepas.

Ketua Setiausaha KPDN Datuk Azman Mohd Yusof berkata perbincangan yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu bersama wakil pemain industri muzik, bagi merangka kertas pertimbangan atau kertas cadangan dalam melaksanakan model baharu yang dapat menjaga kepentingan semua pihak terlibat.

“Menerusi jawatankuasa tersebut kita nak cari satu keputusan atau model terbaik bagaimana (isu pembayaran dan pengiraan) royalti ini dapat dibuat.

“(Tempoh dipanjangkan royalti) juga antara perkara yang dibangkitkan semasa perbincangan dengan pemain industri. Jadi kita akan perhalusi perkara itu dan mengarahkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengkaji apakah tempoh masa yang bersesuaian berdasarkan kepada praktis yang terbaik,” katanya.

Azman berkata pada pemberita selepas sidang media Konsert Ulang Tahun ke-20 Lapan Lagenda Rock, Satu Malam, Satu Pentas, Muzik Hebat di sini hari ini.

Azman berkata selain perbincangan mengenai pembayaran royalti, KPDN juga akan meneliti kaedah terbaik bagi membantu artis melibatkan diri dalam bidang perniagaan khususnya dalam memudah cara perniagaan serta produk mereka ke pasaran yang lebih luas.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dipetik sebagai berkata satu jawatankuasa bertindak bagi membincangkan isu berkaitan industri muzik rakaman tanah air akan ditubuhkan.

Beliau berkata isu bayaran dan pengiraan royalti serta penubuhan badan tunggal untuk menyelesaikan isu badan pelesenan serta melindungi hak para pemilik hak cipta adalah antara perkara yang akan dibincangkan untuk dicari penyelesaian oleh jawatankuasa itu.

Terdahulu, Konsert Ulang Tahun ke-20 Lapan Lagenda Rock, Satu Malam, Satu Pentas, Muzik Hebat yang menampilkan penyanyi rock tanah air antaranya Datuk Nash, Aris Ariwatan, Joey Bumiputra Rockers dan Rahmad Mega bakal dilangsungkan pada 29 September depan di Zepp, Kuala Lumpur. 

Tiket konsert boleh didapati di laman sesawang my.bookmyshow.com atau menghubungi nombor di talian 03-9212 4202. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 6 hari yang lalu

Festival Muzik Lokal Kasi Vokal Dapat Sambutan Biarpun Hujan

2

Muzik 3 minggu yang lalu

Jaclyn Victor Terus Bersinar Di Konsert Solo Pertamanya

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

4

Muzik 4 bulan yang lalu

3 Kategori Utama Tiket Konsert Solo Terakhir Datuk Awie Habis Dijual

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia