web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Kumpulan Muzik 'Bawah Tanah' Gegarkan 6,000 Pengikut

Persembahan epik tiga nama besar raikan ulangtahun ke-15 Hitman Solution 

Muzik Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2024 8:20AM

gambar Hitman Solutions/BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri muzik tanah air digegarkan dengan persembahan epik tiga nama besar muzik ‘bawah tanah’ tempatan bergabung dalam satu konsert pada Konsert Underground @ Surf Beach semalam.

Lebih 6,000 pengikut aliran muzik tersebut teruja dengan persembahan yang dipamerkan kumpulan Butterfingers, Hujan dan Bunkface yang kekal segar dan bersemangat, meskipun sudah sekian kali mereka mengadakan persembahan.

Konsert yang berlangsung di Sunway Lagoon itu dibawakan khas oleh Hitman Solution sempena ulangtahun ke-15 mereka, selain mengumpulkan peminat Royal Butters, Raingers dan Bunker menyelami musik grunge, rock alternatif dan pop punk dalam satu arena.

Gelanggang konsert dibuka Butterfingers menerusi lagu Vio-Pipe dengan alunan violin vokalis Emmet diikuti lagu Luka Mana daripada Hujan sebelum lampu limpah beralih kepada Bunkface yang membuka pentas mereka dengan lagu Bunk Anthem.

Meskipun berlaku beberapa masalah teknikal semasa Bunkface menyanyikan lagu Silly Lily, namun  ia tidak menghalang kumpulan itu  memacu adrenalin penonton menerusi beberapa lagu popular mereka seperti Malam ini Kita Punya, Ekstravaganza dan lagu anthem wajib daripada Bunkface iaitu Situasi.

Kehangatan konsert makin terasa apabila kumpulan yang mengetengahkan muzik rock alternatif, Hujan muncul garang di pentas utama.

Dianggotai Mohammad Noh Salleh bertindak sebagai vokalis, AG Coco atau Mohd Hezry Mohd Hafidz (gitaris) Azham Ahmad (dram) dan Izzat Uzaini (bes) cukup memukau dengan aksi tersendiri.

Mereka menghadiahkan lapan lagu iaitu Perindu Kalbu, Jiwa Kelajuan, Lonely Soldier Boy, Kotak Hati, Pagi Yang Gelap, Mencari Konklusi, Dugaannya dan Empayarmu.

Pentas epik itu kemudian diwarnai dengan bunyi bingit alunan musik grunge-nusantara yang menusuk halwa telinga Royal Butters dengan lagu Royal Jelly, Moksha, Garden City of Light, Chrome, Selamat Tinggal Dunia, Faculties of Mind dan Taman Tasik Perdana.

Pentas itu ditutup dengan persembahan melankolik  lagu Butterfingers Tentang Tentang yang turut menampilkan Hujan dan Bunkface, sebelum suasana kembali 'riot' dengan lagu Revolusi dan Aku Skandal, penutup yang cukup sempurna untuk peminat tiga kugiran prolifik ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Alhamdulillah, Hujan Rahmat Membasahi Bumi Makkah

2

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Hati-Hati Memandu Ketika Hujan

4

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Suasana Menghijau Berhampiran Mekah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara