web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dengarkan ‘Believers’, Kolaborasi Naim Daniel Bersama Alan Walker

Naim Daniel berganding bahu dengan artis-artis dan penerbit muzik dari Indonesia, Thailand dan Hong Kong.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 9:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bak kata pepatah, muzik adalah bahasa sejagat. Tidak hairanlah jika kolaborasi antara pelakon dan penyanyi, Naim Daniel bersama DJ dan penerbit muzik terkenal, Alan Walker menjadi kenyataan untuk lagu rakaman semula, ‘Believers’. 

Istimewanya, kerjasama ini turut menampilkan barisan artis dan penerbit muzik dari Malaysia, Thailand dan juga Hong Kong. Beberapa bintang muzik Asia dari negara masing-masing itu memulakan kerjasama ini dengan meletakkan gaya tersendiri mereka di dalam lagu ‘Believers’.

Sebagai wakil Malaysia, Naim Daniel tidak melepaskan peluang dengan turut melancarkan versi adunan rancak (remix) pilihannya, sesuai citarasa belia dan generasi milenial yang pasti menyuntik keunikan nan tersendiri.

“Bahagian terbaik projek ini ialah kami dibenarkan untuk mengubah lagu ‘Believers’ bersesuaian dengan citarasa peminat-peminat muzik di Malaysia. Sebagai contoh, kami menambah elemen seruling bagi membangkitkan nuansa Nusantara.”

“Saya sangat teruja kerana buat julung kalinya saya dapat berkolaborasi dengan Alan Walker. Lagu ini begitu dekat dengan saya kerana situasi wabak COVID-19 masa kini. Saya bersama semua anak muda di luar sana mempunyai harapan dan impian yang besar dalam kehidupan.”

“Namun terpaksa menahan diri untuk sementara waktu ini kerana kita semua perlu menjalani kehidupan dalam fasa yang sangat sukar. Oleh itu, apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah untuk tetap ‘Percaya’ (Believe),” ujar Naim Daniel. 


DJ asal Norway, Alan Walker pula berkata dalam satu temuramah bersama JOOX, “Saya sangat gembira kerana barisan artis Asia ini sedia berkolaborasi untuk rakaman semula ‘Believers’! Menjayakan projek ini bersama mereka adalah sesuatu yang mengujakan.”

“Saya sangat kagum melihat mereka mempunyai visi dan arah yang berbeza bagi menyampaikan lagu ini. Saya rasa sangat terinspirasi dengan gaya dan citarasa mereka di dalam lagu ‘Believers’ sehingga menjadikannya sesuatu yang berbeza.”

“Saya harap kami dapat menyampaikan dan menyanyikan ‘Believers’ secara langsung, bersama pada suatu hari nanti!” ucap Alan Walker teruja. 

Terdahulu, projek rakaman semula ‘Believers’ ini adalah satu inisiatif kolaborasi muzik global oleh JOOX. Pengguna JOOX boleh berseronok dengan cabaran #BelieversonBuzz. Caranya adalah dengan merakamkan video mereka, berlatarbelakangkan lagu ‘Believers’. 

Seterusnya membingkaikan video tersebut dengan pelekat digital eksklusif ‘Believers’ oleh JOOX. Rakaman-rakaman video yang bertuah bakal berpeluang memenangi barangan eksklusif yang ditandatangani oleh Alan Walker sendiri. 

Muat turun aplikasi JOOX di Apple Store atau Google PlayStore atau layari laman sesawang JOOX untuk maklumat lanjut. – Getaran, 9 Jun 2021

Semua gambar: JOOX Malaysia




 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 bulan yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

2

Muzik 3 bulan yang lalu

3 Kategori Utama Tiket Konsert Solo Terakhir Datuk Awie Habis Dijual

3

Muzik 3 bulan yang lalu

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Berduet Lagu 'Kurik Kundi' Di Konsert Destiny Of Music

4

Muzik 5 bulan yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara