web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mendepani Norma Baharu Konsert Muzik Di Era Pandemik

Jennifer Thompson mengulas kemandirian dan kelangsungan industri muzik tanah air di usia wabak COVID-19 dan harapan MALAYSIA LIVE!

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2021 8:50AM

Gambar: Visualscape (IG : @vscape_)

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Andai dipisah lagu dan irama. Lemah tiada berjiwa, hampa.”

Bait-bait keramat yang disenandungkan oleh Allahyarham Tan Sri Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh atau dengan nama pentasnya, P. Ramlee ini masih lagi dan sangat relevan bagi menggambarkan situasi yang melanda negara kita sekarang ini. 

Sementara, bukan sahaja industri perfileman yang terkesan, industri muzik pun turut terkena tempias dan hampir kecundang dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang dilanjutkan sehingga 18 Februari ini. 

Apalah kehidupan tanpa muzik? Bagai dilanda garuda, industri muzik hampir mati. Senada dengan permasalahan ini, penerbit merangkap aktivis muzik, Jennifer Thompson meluahkan isi hati dan sanubari.

Jennifer Thompson. Gambar: Levi's Malaysia
Jennifer Thompson. Gambar: Levi's Malaysia

Dia yang lebih senang disapa dengan panggilan Kak Jen, meluahkan kegusaran yang melanda industri muzik tanah air gara-gara dibadai wabak COVID-19 sejak Mac tahun lalu. 

“Orang industri jangan tinggalkan industri. Jangan sampai putus harapan,” rayu Jen.

Tambahnya, “Bayangkan sudah lebih setahun mereka (penggiat muzik) tidak bekerja. Ramai yang terputus pendapatan. Ramai juga yang tidak layak memohon bantuan kerajaan.”

“Saya takut. Saya harap mereka yang perlukan bantuan, segeralah memohon kepada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Jangan malu, semua faham apa yang sedang kita jalani,” luahnya.

Jen turut menasihati penggiat-penggiat muzik tidak keseorangan kerana masing-masing sedang menghadapi masalah yang sama. Saling bantu membantu sesama pemain industri adalah jawapannya. 

Maka terlahirlah idea untuk melangsungkan MALAYSIA LIVE!, sebuah konsert langsung yang dilaksanakan sepenuhnya secara maya atau atas talian (online). Konsert ini adalah kolaborasi antara Pam Shahril, Shahril Razak, Datuk Acis dan Jennifer Thompson sendiri.

“MALAYSIA LIVE! untuk mendepani COVID-19,” ucapnya ringkas.

Tambah Jen, “Bukan hanya untuk artis, ia juga bertujuan bagi membantu penyanyi dan orang-orang industri, khususnya mereka yang di belakang tabir.”

Gambar: Visualscape (IG : @vscape_)
Gambar: Visualscape (IG : @vscape_)
Gambar: Visualscape (IG : @vscape_)
Gambar: Visualscape (IG : @vscape_)

“MALAYSIA LIVE! adalah inisiatif PENJANA. Kerajaan menawarkan geran kreatif untuk industri muzik melakukan projek. Buat masa sekarang, kita adakan dua konsert maya untuk sesi pengenalan.”

“Cadangnya supaya dapat memupuk minat masyarakat Malaysia terhadap muzik atas talian, di samping memberi bantuan hayat kepada pemain industri untuk bernafas di saat-saat sukar ini.”

“Dengan produksi sebesar MALAYSIA LIVE!, kita dapat membantu jurutera muzik, jurukamera, juruvideo, jurulampu dan kru-kru malah syarikat penyediaan makanan yang turut terlibat untuk usaha ini,” jelasnya. 

Gambar: Visualscape (IG : @vscape_)
Gambar: Visualscape (IG : @vscape_)
Gambar: Visualscape (IG : @vscape_)
Gambar: Visualscape (IG : @vscape_)

Kendatipun begitu, Jen menerangkan upaya melangsungkan konsert secara maya ini banyak cabarannya. Gara-gara norma baharu, pendengar serta peminat muzik tempatan tampak masih belum biasa dengan cara ini. 

“Tidak semua orang di Malaysia saling berhubungan. Kita ada pola masyarakat yang berbeza. Buat masa ini tiada (media) yang mampu menandingi TV dan Radio. TV dan radio masih raja. Atas talian masih di simpang perjalanan.”

“Mereka tidak ada perasaan perlu berada di konsert itu kerana ia dilangsungkan secara maya. Budaya membeli tiket tidak lagi menjadi kebiasaan kita. Inilah sebahagian ‘norma baharu’,” ujarnya. 

Gambar: Visualscape (IG : @vscape_)
Gambar: Visualscape (IG : @vscape_)
Gambar: Visualscape (IG : @vscape_)
Gambar: Visualscape (IG : @vscape_)

Pun begitu, Jen berkata cara hiburan dan muzik di Malaysia sudah berubah. Tidak lagi seperti dahulu, pendengar kini boleh memilih secara bebasnya, bila dan di mana mereka mahu mendengar lagu-lagu pilihan mereka. Industri muzik perlu meluncur laju seiring dengan ombak perubahan yang deras ini. 

Di atasnya, ditambah pula dengan ancaman wabak COVID-19 yang membadai. Menambah garam pada luka. Apakah kita sudah bersedia dengan norma baharu industri muzik ini tanya kami. 

Seraya Jen menjawab, “Saya rasa pendengar daripada golongan muda sudah biasa dengan hiburan cara ini. Mereka membesar dengan layar gadget. Sesetengah mereka tak tonton pun TV atau mendengar radio. Youtube dan Spotify saja. Semuanya di hujung jari.”

“Mereka boleh memilih apa yang mereka mahu. Apa yang mereka nak dengar, apa yang mereka nak tonton. Media arus perdana bukan lagi menjadi pilihan tunggal generasi ini. Mereka dengar, apa yang mereka nak dengar. Freedom.”

“Jadi saya rasa sebahagian populasi kita yakni generasi muda sudah terbiasa dengan cara hiburan ini. Tetapi mereka juga pernah terdedah dengan persembahan konsert secara langsung. Lihat sahaja festival-festival muzik sebelum COVID-19. Fullhouse. Susah nak cakap.”

TV & radio masih raja - Jennifer Thompson

“Buat masa sekarang, saya kira pendengar terbelah-belah. Bagi mereka yang tinggal di kawasan urban, yang mempunyai akses internet mampan. Ya, mungkin.”

“Namun bagi mereka yang berusia 35 tahun ke atas? Kalau kamu berada di kawasan pendalaman? Bagaimana? Mahu tak mahu, kamu masih bergantung pada TV dan radio.”

“Pada akhirnya, kamu hanya hidup sekali. Saya rasa hubungan sesama manusia sangat penting. Ia keperluan rohani manusia. Tiada yang dapat menandingi magis persembahan secara langsung. Perasaan yang berbeza,” akhirinya dengan harapan yang membara. - Getaran, 14 Februari 2021

Isu Pada

Alvin Chong

13 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara