web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jalani HSO, 903 Calon SPM Kedah Duduki Peperiksaan April Depan

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 10:32AM

Rozaini Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Seramai 903 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Kedah terpaksa menangguhkan hasrat menduduki peperiksaan itu yang bermula hari ini di negeri berkenaan kerana menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Rozaini Ahmad berkata, kesemua calon berkenaan terdiri daripada mereka yang berstatus pesakit COVID-19 dan kontak rapat.

“Calon ini dijangka mengambil peperiksaan tersebut pada April depan.

“Difahamkan kesemua mereka kini menjalani kuarantin di rumah dan itu adalah garis panduan perlu dipatuhi, seperti ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pauh yang membabitkan 127 calon di sini, hari ini.

SMK Amanjaya di Sungai Petani memiliki jumlah calon teramai di Kedah, iaitu 480 orang, manakala Kolej Vokasional Sungai Petani 2 dan Sekolah Menengah Akademi Islam Darul Aman di Kota Kuala Muda, mencatatkan calon paling sedikit dengan masing-masing 14 calon.

Mengulas lanjut, katanya, secara keseluruhan terdapat seramai 29,769 calon di negeri berkenaan dijadualkan menduduki SPM 2021.

Daripada jumlah itu, jelasnya, 25,898 adalah calon dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).

“Seramai 33 individu adalah calon berkeperluan khas terdiri daripada masalah pembelajaran, kurang upaya rabun, kurang upaya pendengaran dan terbabit kemalangan.

“Ada dua calon yang terpaksa menjalani peperiksaan di Hospital Kuala Nerang dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani kerana mengalami demam campak serta apendiks,” katanya. - Getaran 2 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Semasa 5 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 5 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia