web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saintis UMS Catat Sejarah Paling Lama Tinggal Di Antartika Pada Musim Sejuk

Pendidikan Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 3:44PM

Saintis Malaysia, Prof Dr Justin Sentian tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam selepas menjalankan kajian selama tujuh bulan di Antartika. gambar FB Sabah Media

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saintis negara dari Fakulti Sains dan Sumber Asli, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Justin Sentian diiktiraf sebagai rakyat Malaysia pertama menjalani ekspedisi di Antartika semasa musim sejuk dan paling lama berada di Antartika iaitu tujuh bulan.

Beliau selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, selepas menjalani penyelidikan musim sejuk berkaitan perubahan iklim bertajuk 'Variasi Ozon Troposfera dan Halokarbon di Semenanjung Antartika Dalam Keadaan Cuaca Melampau'.

Justin sudah mengambil 197 sampel gas dari udara, salji, ais laut dan air laut untuk kajian kandungan spesies halokarbon seperti bromokarbon serta memperoleh data yang merekodkan variasi kepekatan ozon permukaan dan beberapa spesies gas hidrokarbon sepanjang musim sejuk di Antartika.

"Data-data ini penting dalam kajian kimia ozon atmosfera terutama di lapisan troposfera dan stratosfera serta juga implikasinya ke atas peningkatan paras ozone troposfera dan kesan jangka masa panjang kepada perubahan iklim.

“Ini kerana memandangkan ozon permukaan ini adalah bahan pencemar sekunder dan juga gas rumah hijau yang penting dalam isu pemanasan bumi, ozon ini mempunyai keupayaan memerangkap haba 1,000 kali lebih baik dari karbon dioksida,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM).

Justin menjelaskan kajian ke atas halokarbon seperti bromokarbon juga boleh membawa implikasi penting bukan sahaja kepada kimia ozon atmosfera tetapi juga peranannya sebagai bahan penipis ozon. 

“Halokarbon ini adalah bahan semula jadi yang boleh menipiskan lapisan ozon. Jika ini berlaku, usaha negara-negara di dunia termasuk Malaysia untuk memulihkan lapisan ozon melalui implementasi Montreal Protocol akan terencat,” katanya.

Menurutnya, antara cabaran yang dilaluinya adalah menghadapi keadaan cuaca yang sangat ekstrem dengan suhu udara mencapai -44 darjah Celsius dan kelajuan angin dengan ribut salji mencecah 120 kilometer/jam serta cuaca yang tidak menentu dalam sehari yang menyukarkan beliau untuk mengambil sampel kajian.

"Saya berharap hasil kajian ini dapat memberi impak yang signifikan ke atas pemahaman variasi ozon dan spesies-spesies hidrokarbon dan halokarbon dalam keadaan cuaca yang ekstrem pada musim sejuk," katanya.

Beliau juga berharap kajian tersebut dapat menyumbang kepada kalangan saintis kimia atmosfera serta kepada seluruh masyarakat tempatan dan global untuk lebih memahami perhubungan kompleks dengan isu-isu semasa seperti perubahan iklim dan penipisan ozon di Antartika.

Ekspedisi tujuh bulan itu dilaksanakan bersama rakan penyelidik, Prof Julio Escudero dari Chile di stesen penyelidikan milik Chile yang terletak di Pulau King George, Antartika yang dianjurkan oleh YPASM dengan kerjasama organisasi Instituto Antartico Chileno (INACH) dan Kedutaan Chile di Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

PM Mahu Laporan Teliti Berhubung Masalah Bekalan Air Berlarutan Di UMS

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Simulasi Memancing Data Tingkat Kesedaran Keselamatan Siber, Ancaman Penipuan 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

UMS Hargai Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air - Naib Canselor

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air Di UMS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia