web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air Di UMS

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 May 2023 9:38PM

Kerajaan Persekutuan hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS), bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air di universiti itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan Persekutuan hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS), bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air di universiti itu.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun negara berdepan dengan keterhutangan negara sebanyak RM1.5 trillion, namun beliau tidak mahu mahasiswa UMS menghadapi kesukaran menjalani kehidupan ketika menimba ilmu.

“Dalam beberapa hari ini, kita pastikan wang itu disalurkan kepada kerajaan negeri, jangan ganggu mahasiswa, jangan ganggu staf, itu tanggungjawab kerajaan Persekutuan,” katanya pada Majlis Temu Anwar @UMS Kota Kinabalu disini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Yusof Apdal, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan itu tidak mudah untuk diberikan, namun ia diberikan atas kesedaran beliau memahami kesukaran mahasiswa yang dianggapnya seperti anak sendiri.

Dalam pada itu beliau berkata kerajaan Persekutuan komited untuk mengatasi masalah sekolah daif serta keperluan pendidikan di negara ini, dan melalui Kementerian Pendidikan, kerajaan sedang menjalankan usaha ke arah penyelesaian masalah itu.

“Saya tanya Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) beri saya jumlah keperluan (baiki) sekolah daif, tandas rosak, klinik rosak itu, perlukan RM1.4 billion. Pengalaman saya lihat sekolah lapan tandas ada empat rosak, empat tandas tiga rosak jadi adakah kita mahu latih anak kita beratur (masuk tandas) seperti filem Bujang Lapok,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata Presiden Indonesia Joko Widodo dijadual mengadakan lawatan ke Malaysia pada minggu depan.

Anwar berkata tujuan lawatan itu bagi memperkukuhkan kerjasama hubungan bilateral antara kedua-dua negara, antaranya perdagangan, pelaburan dan pendidikan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia