web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Mahu Laporan Teliti Berhubung Masalah Bekalan Air Berlarutan Di UMS

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2024 12:21PM

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkaitan mengemukakan laporan teliti berhubung masalah bekalan air yang masih berlarutan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), sedangkan kerajaan telah meluluskan peruntukan RM3 juta tahun lalu bagi mengatasi masalah itu.

Berucap pada majlis perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan di sini hari ini, Anwar berkata, beliau mendapat tahu dari media sosial mengenai mahasiswa UMS berdepan dengan masalah air, dan perkara itu dirujuk kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir semalam.

"Saya tidak mengerti sama ada mungkin projek itu ambil masa, saya tidak mahu menghukum. Saya minta laporan teliti apa jadi sejak Menteri Kewangan luluskan peruntukan segera untuk selesaikan masalah air di universiti itu," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

"Saya nak dapat laporan, mungkin KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican) boleh tanya ketua setiausaha kementerian berkenaan. Apa berlaku sejak kelulusan saya dan tindakan yang diambil oleh kementerian dan universiti," katanya.

Kerajaan Persekutuan pada 31 Mei tahun lalu meluluskan peruntukan RM3 juta kepada UMS bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air yang menurut Anwar, beliau tidak mahu mahasiswa UMS menghadapi kesukaran menjalani kehidupan ketika menimba ilmu.

Semalam, Zambry turut mengumumkan peruntukan tambahan RM2 juta kepada UMS bagi tujuan sama sebagai penyelesaian jangka pendek dan panjang supaya masalah bekalan boleh diatasi segera. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia