web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan PEJUANG Tidak Berasas, PH Sedia Kerjasama Dengan Semua - Anthony Loke

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Sep 2021 9:06PM

Anthony Loke - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bahawa Pakatan Harapan (PH) mengenepikan parti pembangkang lain berhubung Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) disifatkan sebagai tidak berasas.

Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen PH, Anthony Loke berkata, pimpinan tertinggi PH telah berbincang dengan semua pimpinan parti pembangkang yang lain berkenaan proses rundingan dengan kerajaan.

Menurut beliau, satu taklimat khas turut disampaikan oleh pimpinan tertinggi PH kepada Presiden Parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkenaan isi kandungan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik MOU.

"Wakil Parti Warisan juga dijemput untuk taklimat tersebut namun mereka tidak hadir," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata, PH akan terus bekerjasama dengan semua ahli Parlimen blok pembangkang menyuarakan isu di Parlimen termasuk melibatkan ahli Parlimen Pejuang, Warisan dan Bebas dalam Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas (Special Select Committee) baharu yang bakal ditubuhkan.

Jelasnya, ia merupakan sebahagian daripada komitmen yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan.

"Kami difahamkan Parti Pejuang dan Warisan belum bersedia untuk menandatangani MoU tersebut dengan kerajaan. 

"PH menghormati pendirian mereka tetapi tidak bermaksud kita tidak boleh bekerjasama dalam isu yang lain," ujarnya. - Getaran, 13 September 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang