web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penyertaan PUTRA Di PRN Melaka Akan Pecahkan Undi Orang Melayu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 4:15PM

Parti yang diterajui oleh Datuk Dr Ibrahim Ali menyatakan minat untuk turut mengambil bahagian dalam PRN Melaka. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan dijangka sengit di kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan pertembungan tiga penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Jangkaan itu adalah susulan pendirian ketiga-tiga parti terbabit yang berhasrat untuk bertanding di kesemua 28 kerusi DUN, selain kegagalan mencapai kata sepakat antara BN dan PN.

Malah, lima kerusi DUN juga bakal berdepan pertandingan empat penjuru selepas Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) yang diterajui oleh Datuk Dr Ibrahim Ali menyatakan minat untuk turut mengambil bahagian dalam proses demokrasi itu.

Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Jazimin Zakaria menegaskan, persaingan melebihi tiga penjuru berkenaan hanya akan memecahkan lagi undi orang Melayu.

Pada masa sama, beliau menyifatkan PRN terbabit akan menjadi pertandingan sengit dan sukar diramalkan berikutan penyertaan PUTRA dalam PRN Melaka pada 20 November nanti.

“Penyertaan PUTRA sudah pasti akan memecahkan undi parti politik yang bertanding khususnya undi daripada orang Melayu kerana PRN Melaka ini sedang berlakunya konflik antara PAS, UMNO dan BERSATU.

“Bila lahirnya parti baharu ini dan mereka menyatakan pendirian untuk pertandingan dalam pilihan raya itu, maka ia akan menjadi satu perlawanan sengit dan rumit disebabkan pelbagai pertikaian serta percanggahan yang sedang berlaku,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, calon diketengahkan PUTRA dalam mendepani PRN dengan tumpuan kerusi di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka mampu menarik sokongan pengundi, khususnya kaum Melayu.

Pengerusi Perhubungan PUTRA Melaka, Dr Aluwi Sari, 55 akan bertanding di kerusi DUN Pengkalan Batu diikuti Ketua Wira PUTRA negeri, Mohamad Hashidi Mohd Zin, 32 (Paya Rumput); Nazatul Asyraf Md Dom, 38 (Sungai Rambai); Ketua Biro Wanita PUTRA Melaka, Laila Norinda Maon, 44 (Gadek) dan Ketua Bahagian PUTRA Melaka, Mohd Faizal Amzah (Duyong).

Dr Jazimin Zakaria
Dr Jazimin Zakaria

Presiden PUTRA, Datuk Ibrahim Ali berkata, semua calon berkenaan dipilih berdasarkan beberapa kriteria termasuk latar belakang pendidikan, usia serta komitmen mereka dalam mendukung perjuangan parti itu sebagai alternatif buat kaum Melayu dan Bumiputera.

Paling utama, katanya, adalah rekod bersih calon meskipun masih belum pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Dalam pada itu, Jazimin menegaskan peluang untuk PUTRA menang pada kerusi DUN yang dipertandingkan agak tipis disebabkan parti terbabit tidak mempunyai pengalaman utuh dalam mentadbir kerajaan.

“Parti ini terlalu muda dan belum matang. Jadi, kebolehan dan kemampuannya untuk terlibat dalam wadah politik membantu mentadbir kerajaan negeri akan kurang diyakini,” katanya.

Namun, beliau yang juga merupakan Penolong Rektor UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub menegaskan, ini merupakan satu opsyen terbaik buat pengundi di Melaka yang sudah ‘muak’ serta bosan dengan permainan politik diamalkan oleh Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PH).

“Walaupun PKR, DAP dan UMNO menyediakan saluran pada orang muda bagi menjadi calon di PRN Melaka, sekali gus memberi peluang kepada mereka mentadbir kerajaan, tidak semua pengundi mahukan tiga parti itu dan penyertaan PUTRA memberi ruang kepada mereka.

“Parti tersebut sangat segar yang dari sudut lain juga memberi orang muda terlibat dalam politik dan sebagainya. Ini juga akan membuka peluang dan pilihan yang baik buat pengundi khususnya belia yang berada di atas pagar,” ujarnya.

PRN Melaka bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi lima kerusi DUN di DUN Pengkalan Batu, DUN Paya Rumput, DUN Sungai Rambai, DUN Gadek dan DUN Duyong.

DUN Pengkalan Batu akan menyaksikan perlawanan di antara Dr Aluwi (PUTRA), Muhamad Danish Zainudin (DAP), Mohd Azrudin Md Idris (BERSATU), dan Datuk Kalsom Nordin (BN) manakala di DUN Paya Rumput; Mohamad Hashidi Mohd Zain (PUTRA), Datuk Rais Yasin (BN), Muhammad Faris Izwan Mazlan (BERSATU) serta Shamsul Iskandar Md Akin (PKR).

Bagi DUN Sungai Rambai, PUTRA menampilkan Nazatul Asyraf Md Dom, Farzana Hayani Mohd Nasir (PKR), Muhammad Jefri Safry (BERSATU) serta Siti Faizah Abdul Azis (BN) dan bagi DUN Gadek pula, Lalila Norinda Maon dipertaruhkan oleh PUTRA, P Shanmugam V Ptcyhay (BN), Mohd Amir Fitri Muharam (BERSATU) dan G Saminathan (DAP).

DUN Duyong pula akan melibatkan Mohd Faizal Amzah (PUTRA), Damian Yeo (DAP), Datuk Kamarudin Sedik (PAS), dan Mohd Noor Helmy Abdul Halem daripada BN. - Getaran, 7 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 1 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 2 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Semasa 21 jam yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi