web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Calon Gagal Kuasai Bahasa Kebangsaan Tak Ubah Seperti Pendatang Asing – Pakar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 8:58AM

Dr Teo Kok Seong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu mempamerkan sikap nasionalis yang tinggi dengan memiliki pengetahuan serta penguasaan terhadap bahasa kebangsaan.

Ilmuan terkenal negara, Profesor Emeritus, Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, adalah memalukan sekiranya bakal pemimpin gagal menguasai aspek yang menjadi kepentingan buat negara.

Malah, menurut beliau, calon berkenaan tidak ubah seperti pendatang asing kerana tidak mampu berbahasa Malaysia dengan baik, walaupun memegang status sebagai warganegara Malaysia.

“Jadi, sebenarnya apabila ada isu tidak boleh berbahasa Malaysia dengan baik, dia tidak ubah seperti seorang asing yang tidak ada ikatan kepada negara. Bila orang Melayu kecewa dan melabelkan mereka pendatang, mereka marah.

“Namun, hakikatnya mereka memang pendatang, walau sudah tinggal lama di Malaysia kerana mentaliti masih seperti warga asing yang berkeras tidak mahu menguasai bahasa kebangsaan. Isu ini membuka mata bagaimana Bahasa Malaysia itu ditolak sebagaimana mereka menolak tulisan jawi,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan mengenai isu membabitkan calon muda dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Leong Hui Ying yang dilihat tidak fasih berbahasa kebangsaan.

Dalam satu video yang tular di media sosial sejak Ahad lalu, wanita berusia 29 tahun berkenaan dilihat tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia, malah seakan gagal memahami soalan diajukan wartawan menggunakan bahasa kebangsaan itu.

Menerusi video berdurasi 58 saat itu, Hui Ying disoal mengenai kredibiliti dan misinya sebagai calon politik di Melaka, namun pertanyaan itu gagal dijawab.

Sebelum video tamat, beliau menjawab secara ringkas ‘I will try my best’ (saya akan cuba yang terbaik) ketika ditanya bagaimana mahu bersaing dengan calon lebih senior.

Tidak lama selepas itu, calon kerusi MCA bagi DUN Kesidang itu membuat pengakuan bahawa dia boleh berbahasa Malaysia menerusi satu lagi video berdurasi 34 saat.

Ditanya sama ada wajar atau tidak calon wakil rakyat menjalani ujian lisan dan penulisan bahasa rasmi, Kok Siong secara peribadi menyifatkan ia merupakan satu keperluan yang patut direalisasikan.

Beliau yang juga Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, ini kerana kegagalan wakil rakyat untuk fasih dalam bahasa kebangsaan jelas menjadi petunjuk sikap negatif mereka terhadap bahasa berkenaan.

“Namun, peraturan sedemikian mampu membuka pekung di dada kerana seluruh dunia akan tahu bahawa rakyat Malaysia tidak boleh bertutur bahasa rasmi negara ini, di samping gagal melaksanakan pembentukan negara bangsa dan melahirkan warganegara yang ada identiti nasional.

“Bagaimanapun, kalau tak buat perkara ini, ia akan berterusan dan menjejaskan perpaduan kerana kegagalan mereka berbahasa Malaysia. Oleh itu, pergaulan pastinya terhad menyebabkan calon itu akan mengetepikan kaum-kaum lain yang ada di kawasan mereka,”katanya.

Justeru, Kok Siong menegaskan setiap parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang perlu memandang serius isu terbabit dan bukan sekadar menjaga kepentingan politik peribadi hanya kerana khuatir akan ‘hilang pengundi Cina’.

“Kalau boleh wujudkan ‘fatwa’ berkenaan perkara ini kerana wajib bagi seorang rakyat Malaysia menguasai bahasa rasmi dengan baik. Ini penting kerana untuk menjadi pemimpin, sudah pastinya perlu fasih berbahasa kebangsaan. Kalau tidak, ada benda yang tidak kena.

“Kita juga nak lihat ada perubahan sikap di kalangan pemimpin Cina yang mereka harus akui perkara ini adalah satu masalah dan perlu dicari jalan sebaiknya atasi masalah ini. Presiden MCA, (Datuk Seri Ir) Wee Ka Siong perlu jawab perkara ini yang sepatutnya mengangkat orang lain selepas terjadinya kes itu.

“Bagi saya, perkara yang berlaku ini merupakan satu rahmat kerana saya dan Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah pernah berbicara tentang isu terbabit, namun dinafikan orang Cina dan orang Melayu pun tak sokong kami, namun sekarang isu ini sudah terdedah dengan jelas sekali,” katanya. – Getaran, 11 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 2 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 21 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Luar Negara 20 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan