web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 12:57PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Setahun Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlalu, pengundi Melaka akan kembali pada 19 November ini sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memilih wakil rakyat yang akan mewakili suara mereka di Parlimen.

Jika Melaka sentiasa dikaitkan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN), namun pada PRU-14, BN kehilangan kubu kuatnya itu apabila hanya memenangi dua kerusi Parlimen iaitu Jasin dan Masjid Tanah dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus gagal membentuk kerajaan di peringkat negeri.

Belum sembuh luka PRU-14 itu, kerusi Parlimen Masjid Tanah pula ‘terlepas’ selepas penyandangnya Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada Disember 2018 menyertai Bersatu, yang ketika itu sebuah parti dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan kini merupakan komponen Perikatan Nasional (PN).

Namun, BN bangkit semula pada PRN Melaka pada November 2021 dengan menang bergaya selepas memperoleh 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, yang memberi isyarat bahawa parti itu juga bersedia untuk menawan lebih banyak kerusi Parlimen di negeri itu apabila PRU15 diadakan.

Menurut Timbalan Pengarah Jentera BN Melaka Datuk Hasnoor Sdg Husin, BN Melaka meletakkan sasaran untuk menang di empat kerusi Parlimen iaitu Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu dan Jasin, serta turut mengintai peluang di Hang Tuah Jaya pada PRU-15.

Menyenaraikan Undi18 sebagai cabaran untuk BN pada PRU-15 kerana ia akan memberi impak terhadap peratusan keluar mengundi dan sokongan, Hasnoor ketika dihubungi Bernama berkata beberapa strategi telah diatur bagi menawan kelompok itu.

“Kami akui berdepan cabaran dengan Undi18 ini kerana PRN Melaka yang lalu, mereka belum didaftarkan secara automatik lagi.

“Mana-mana parti pun menaruh kesangsian adakah mereka dapat menawan golongan ini pada PRU15 nanti,” katanya

Berkuat kuasa 15 Disember 2021, Undi18 telah diwartakan. Mereka yang berumur 18 tahun didaftarkan secara automatik sebagai daftar pemilih.

“Bagi BN, kami akan mendekati golongan muda ini yang lahir daripada keluarga penyokong BN serta menerusi pertandingan sukan di peringkat akar umbi selain mengukuhkan peranan BNComms (platform media sosial komunikasi BN) menggunakan platform media sosial,” kata Hasnoor.

Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Melaka Shafezah Abdul Wahab berkata BN berpeluang untuk menang di Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu dan Jasin jika parti itu meletakkan calon muka baharu kerana ia dilihatnya mampu memberi kelebihan kepada jentera ketika berkempen.

Beliau berkata muka baharu itu perlu bebas daripada sebarang kes di mahkamah terutama membabitkan rasuah kerana sentimen menolak pemimpin parti yang terpalit dengan perkara tersebut masih menebal dalam kalangan pengundi terutama kelompok belia.

“Kemenangan BN amat bergantung kepada calon yang dipertandingkan mestilah bersih daripada sebarang kes mahkamah dan juga yang dapat mewakili orang muda, selain kempen di media sosial perlu dimanfaatkan calon dan parti bagi meraih undi kelompok berkenaan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut, Wanita Dan Bayi Cedera Parah Dalam Kemalangan

Semasa 22 jam yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Semasa 1 hari yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

oleh Wartawan Hiburan Getaran