web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Cabaran Shahrir Kepada Muhyiddin Ingkari Titah Sultan Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Nov 2021 5:45PM

Faezuddin Puad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cabaran veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, seperti yang berlaku di Melaka, seolah-olah mengingkari titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata, baginda sebelum ini bertitah agar semua parti politik di negeri terbabit tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan ketidakstabilan politik berlaku.

Justeru, beliau mempersoalkan keperluan tindakan Shahrir mencabar BERSATU agar menarik sokongan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad yang merupakan pemimpin dari UMNO. 

''Baginda Sultan Ibrahim sebelum ini telah bertitah ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14 agar semua parti politik tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan ketidakstabilan politik.

"Apakah beliau (Shahrir) cuba menggagalkan titah Sultan Ibrahim? Sebagai sebahagian daripada kerajaan, sepatutnya beliau bekerjasama erat dengan BERSATU berbanding mengeluarkan kenyataan mencabar Tan Sri (Muhyiddin) menjatuhkan kerajaan negeri. Masakan beliau tidak tahu pilihan raya negeri akan terpaksa diadakan sekiranya cabaran itu disambut Presiden BERSATU," katanya hari ini.

Terdahulu, Shahrir dilaporkan berkata, UMNO Johor bersedia sekiranya diadakan PRN jika Perikatan Nasional (PN) mahu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri ini.

Malah, beliau dengan sombongnya menegaskan, UMNO kini memimpin Johor selepas dua ADUN BERSATU (Datuk Osman Sapian dan Datuk Sahruddin Jamal), dianggap tidak layak mengetuai pentadbiran negeri.

“Nak tarik sokongan supaya ada juga PRN Johor? Silalah. UMNO Johor tetap bersedia,” jelas Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu dalam satu hantaran di Facebooknya.

Kenyataan itu membuatkan Muhyiddin berang dan menyifatkan cabaran berkenaan bukan sahaja berniat jahat malah sesuatu yang tidak berakal. 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau tidak akan bertindak bodoh seperti segelintir pemimpin UMNO yang menarik sokongan terhadap kerajaan sendiri, hingga akhirnya menyebabkan rakyat Melaka terpaksa menanggung risiko COVID-19 akibat PRN.

Jelasnya, sekiranya beliau selaku Presiden BERSATU mengarahkan dua ADUN parti itu di Johor untuk menjatuhkan kerajaan, ia adalah satu kerja yang akan membahayakan rakyat.

Sehubungan itu, Faezuddin menasihatkan supaya UMNO dan BERSATU yang saling bercakaran dan menjatuhkan antara satu sama lain agar menghentikan adegan tersebut di samping lebih mengutamakan kepentingan rakyat.

Daripada berterusan berebut kuasa jelas beliau, adalah lebih baik kedua-dua parti Melayu itu berganding bahu memikirkan usaha membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Di peringkat pusat, UMNO menjatuhkan Muhyiddin, di peringkat negeri Perak, parti itu menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan di Melaka pula pemimpin UMNO sendiri yang menjatuhkan kerajaan. Takkan UMNO-BERSATU nak ulang adegan semua ini di Johor?

“Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih melanda negara ketika ini, sewajarnya kita semua saling kerjasama memikirkan tentang kebajikan rakyat, serta mencari penyelesaian bagi membaiki kedudukan ekonomi dan hentikan segala percaturan politik merebut kuasa,” katanya. - Getaran, 13 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 2 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 21 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara