web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO, BN Komited Bertanding Solo Pada PRN Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 4:10PM

Mohamed Khaled Nordin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Disebalik khabar angin pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tampil menegaskan parti itu menerusi Barisan Nasional (BN) kekal bertanding secara solo pada mana-mana pilihan raya.

Malah, beliau menegaskan, UMNO sama sekali tidak akan bekerjasama dengan parti yang tidak bersama gabungan itu. 

“Saya tegaskan kepada ahli parti (UMNO) bahawa pendirian kita jelas dan tidak berubah. 

“UMNO akan bertanding solo dan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang tidak bersama BN,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi hantaran Facebook selepas meninjau persiapan jentera Pusat Daerah Mengundi Keembong di DUN Johor Jaya, semalam. 

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, walaupun Johor Jaya di bawah pembangkang, ahli UMNO kekal setia dan bekerja keras untuk memastikan BN kembali merampas kerusi itu.

“Saya juga tekankan kepada MCA bahawa sangat penting untuk mereka bekerja kuat dan memainkan peranan membawa semula pengundi kaum Cina kembali kepada BN.

“BN akan kembali dominan dan mentadbir di samping mengembalikan kestabilan serta kesejahteraan kepada rakyat,” katanya. 

Terdahulu, desas-desus pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN diadakan dalam masa terdekat, hangat diperkatakan.

Khabar angin itu semakin bertiup kencang sejak dua minggu lalu apabila parti politik, termasuk Pakatan Harapan (PH) Johor mengakui ada membincangkan perkara terbabit pada mesyuaratnya, baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, desas-desus itu bertambah kuat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga mantan Menteri Besar negeri itu, meninggal dunia pada 21 Disember lalu.

Menurut beliau, pihaknya mendapat maklumat bahawa DUN Johor mungkin dibubarkan seawal 15 Januari ini.

Pada masa sama, beliau menjelaskan terdapat ura-ura pembubaran akan berlaku pada Februari depan selepas banjir di negeri itu pulih. 

Terdapat 56 kerusi di DUN Johor dengan agihannya membabitkan parti membentuk kerajaan negeri, iaitu UMNO (14), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (11), MIC (2) dan PAS (1).

Manakala pembangkang diwakili DAP (14), PKR (7) dan AMANAH (6).

Justeru, kerajaan negeri memiliki majoriti amat tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, berikutan kematian Osman. - Getaran, 15 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi