web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO, BERSATU Saling Bercakaran, Kluster Mahkamah ‘Duri Dalam Daging’ Jatuhkan PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 12:11PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kluster mahkamah didakwa menjadi ‘duri dalam daging’ menjatuhkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, selepas membubarkan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor tanpa melibatkan perbincangan antara parti membentuk kerajaan negeri sedia ada.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, tindakan itu seolah-olah menampakkan UMNO saling bercakaran antara satu sama lain dan menjadikan parti serta rakyat sebagai ‘beg tinju’.

Menurut beliau, senario tersebut mewujudkan perspektif negatif dan persoalan dalam kalangan rakyat terhadap slogan perpaduan nasional, apabila penyatuan sesama Melayu diancam dengan sikap tamak, angkuh serta korup oleh puak kluster mahkamah dari UMNO.

Dr Muhammad Faiz Na’aman
Dr Muhammad Faiz Na’aman

“UMNO puak kluster mahkamah memilih perang. Mereka tak kisah sesama Melayu atau tidak. Asalkan dapat kuasa, warlords mereka hidup. Wajarkah buat Pilihan Raya Umum (PRU) terus?

“Mahu kerajaan negeri yang ada majoriti 2/3? Okay, jom warga Johor sekalian bagi memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan orang Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Katanya sinis, UMNO merupakan parti yang telah mengkhianati rakyat khususnya orang Melayu.

“Nak tahu siapa yang khianat rakyat khususnya Melayu? Itu, yang tibai duit Yayasan Kebajikan, duit Tabung Haji dan duit pelaburan negara. Wawasan 2020 gagal kerana puak ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan BERSATU Johor, Mohd Solihan Badri berkata, keputusan pembubaran itu hanya melibatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), yang jelas mengetepikan mereka dan PAS.

Namun tanggapan itu disangkal Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang menegaskan, tindakan segelintir pihak yang sengaja mengaitkan PRN Johor dengan Kluster Mahkamah membuktikan ada pihak kurang yakin dengan kemampuan terhadap parti sendiri.

Beliau berkata, mengaitkan PRN Johor dengan Kluster Mahkamah amatlah tersasar dan tiada kena mengena, ekoran pemisahan kuasa antara badan Eksekutif dan kehakiman yang dilaksanakan di negara ini.

“Bukankah pilihan raya suatu amalan paling asas demokrasi dan justeru konsep pemisahan kuasa itu sendiri memberi mandat rakyat kepada badan legislatif? Tiada kena mengena langsung dengan mana-mana kes mahkamah.

“UMNO, BN telah masuk gelanggang dalam hampir semua Pilihan Raya Kecil (PRK) dan PRN sebelum ini, tetapi tidak dikaitkan. Kenapa tiba-tiba sewaktu berdepan PRN Johor, dakwaan janggal seperti ini dikeluarkan? Melainkan sudah mula ada kurang yakin dengan kemampuan parti sendiri,” katanya.

Shahril Sufian Hamdan
Shahril Sufian Hamdan

Dalam pada itu, Shahril menjelaskan pembubaran DUN Johor dibuat setelah diperkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Jelasnya, hal ini kerana Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad menjelaskan bahawa kerajaan negeri Johor berada dalam keadaan rapuh dan tidak stabil.

“Itulah antara faktor utama yang telah dipertimbangkan oleh semua pihak baik Istana Johor, UMNO Johor dan kerajaan negeri sebelum mengambil keputusan untuk membubarkan DUN.

“Kita terima keputusan ini dan berharap PRN dapat memberi mandat baharu untuk sebuah kerajaan yang stabil, kukuh dan akan terus berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, Shahril menegaskan, seperti mana-mana PRN sebelum ini, semua pihak perlu mematuhi dan tidak merosakkan segala usaha kerajaan bagi memulihkan negara berikutan pandemik COVID-19.

“UMNO yakin dengan kemampuan institusi seperti Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lain-lain untuk terus menyeimbangkan kemudahan urusan rakyat bagi memenuhi hak demokrasi dan keselamatan secara umumnya,” katanya.

Kelmarin, Hasni memberitahu, tarikh pelaksanaan PRN Johor tertakluk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terdapat 56 kerusi di DUN Johor dengan agihan terkininya masing-masing 14 kerusi untuk UMNO dan DAP, BERSATU (11), MIC (dua), PAS (satu), manakala PKR dan AMANAH  masing-masing tujuh dan enam kerusi.

Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, berikutan kematian Osman. - Getaran, 24 Januarai 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka