web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Kedah Tidak Akan Tarik Sokongan, 'Khianat' Muhammad Sanusi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Feb 2022 3:18PM

Terdapat dakwaan di media sosial kononnya beberapa ADUN UMNO dan BERSATU bakal menarik sokongan terhadap Muhammad Sanusi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - UMNO Kedah tidak akan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti didakwa pihak tertentu.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, pertemuan Jawatankuasa Biro Politik UMNO Bahagian seluruh Kedah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin tidak mempunyai kaitan dengan perkara itu.

Menurutnya, isu penarikan sokongan kepada Muhammad Sanusi yang juga ADUN Jeneri tidak langsung dibangkitkan pada pertemuan terbabit.

“Tak ada langsung gesaan daripada mana-mana pihak supaya kita ikut adakan Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti di Johor, sebaliknya dalam pertemuan itu kita hanya berbincang mengenai hal dalaman UMNO, terutama persiapan parti untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Desas-desus ini (penarikan sokongan) hanya cubaan pihak tertentu untuk ‘test market’ bagi melihat reaksi UMNO.

“Tak mustahil pembangkang mencipta polemik ini sebagai strategi mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu berkaitan mereka di PRN Johor,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Terdahulu, wujud dakwaan di media sosial kononnya beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bakal menarik sokongan terhadap Muhammad Sanusi dalam masa terdekat.

Kerajaan pimpinan Muhammad Sanusi ketika ini menerima sokongan daripada 23 ADUN terdiri daripada PAS (15), BERSATU (6), UMNO (2), manakala Pakatan Harapan (PH) (13).

Sementara itu ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri ketika dihubungi, menganggap khabar angin itu sebagai provokasi tidak perlu dilayan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air serta Tenaga negeri itu berkata, dakwaan terbabit tiada asas dan tidak harus diberi perhatian.

“PRN termasuk di Johor diadakan kerana komposisi DUN dianggap tidak stabil.

“Sebelum DUN Johor dibubarkan, kerajaan cuma ada kelebihan satu kerusi sampaikan mahu melakukan sesuatu keputusan atau perkara pun sukar.

“Jika itu keadaannya, memanglah kena buat PRN, tetapi di Kedah kerajaan cukup stabil dengan PAS sendiri memiliki 15 kerusi. Jadi apa keperluan untuk kita adakan PRN di negeri ini?,” soalnya.

Suraya berkata, dakwaan tidak benar itu timbul kerana individu yang mengeluarkannya mempunyai kefahaman salah mengenai keadaan kerajaan negeri sedia ada.

“Tanyakan pada mereka yang buat cerita ini, apa bentuk ketidakstabilan mereka lihat di Kedah hingga memerlukan PRN diadakan.

“Bagi saya ini semua provokasi yang tak perlu dilayan. Tak perlu kita menari mengikut gendang dipalu mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Badan Pimpinan BERSATU Kedah, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah menyifatkan, dakwaan bahawa terdapat ADUN parti itu akan turut bersama-sama menarik sokongan terhadap Muhammad Sanusi sebagai perkara tidak logik.

“Itu semua khabar angin. Lagipun buat masa sekarang, kita dapat lihat bagaimana banyak pelaburan masuk ke Kedah dan ia membuktikan pencapaian baik pentadbiran Muhammad Sanusi.

“Hendak cari macam mana lagi? Apa pun di pihak BERSATU dan PAS, kami sentiasa bersedia berdepan sebarang kemungkinan,” katanya. - Getaran 9 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 5 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia