web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BN Adakan PRN Johor Hanya Untuk Rebut Kuasa, Perintah Bersendirian

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Feb 2022 6:27PM

Muhammad Sanusi menjalani pemeriksaan kesihatan selepas melancarkan ANMS Peringkat Negeri Kedah di Alor Setar, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) didakwa mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semata-mata untuk merebut kuasa dan memerintah negeri berkenaan secara bersendirian.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, selepas itu parti terbabit akan meneruskan misi sama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk memenangi mandat menubuhkan kerajaan.

“Itulah tujuan sebenar BN buat PRN di Johor. Nak menang secara bersendirian dan kemudian mereka nak adakan PRU untuk ambil kuasa bagi BN sahaja.

“Saya tak berapa sukalah ‘benda’ itu. Saya dah cakap di Johor dan tak mahu ulang dah,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kedah serta Pelancaran Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat Kedah di Dataran Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Dalam sidang akhbar di Johor semalam, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan keyakinan bahawa BN mempunyai peluang cerah meraih kemenangan pada PRU-15, sekiranya parti itu diberikan mandat pada PRN Johor, 12 Mac ini.

Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN berkata, PRN Johor penting kerana menjadi titik perubahan kepada parti itu dan petunjuk sama ada ia mampu memenangi PRU-15 secara bersendirian.

Ditanya pandangannya mengenai peluang Perikatan Nasional (PN) untuk menang di Johor, Muhammad Sanusi berkata, agak sukar meramal siapa pemenangnya.

“Masing-masing ada peluang sama ada PN, BN, Pakatan Harapan (PH) atau Bebas.

“Ini semua hak rakyat Johor untuk membuat pilihan. Rakyat dah matang dan terbuka dalam membuat penilaian.

“Semua orang dah tahu apa yang berlaku dan kita serahkan kepada rakyat Johor untuk membuat pilihan terbaik berdasarkan ruang yang terhidang di depan mereka,” katanya. - Getaran, 27 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia