web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 3 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Saya Tak Pernah Janjikan Calon Kerusi Dalam Kerajaan, Ahli Parlimen - Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Apr 2022 12:19PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau sama sekali tidak pernah menjanjikan jawatan dalam kerajaan atau kerusi Parlimen kepada mana-mana individu yang bertanding dalam Pemilihan PKR.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata, calon yang menjanjikan jawatan atau kerusi Parlimen kepada individu tertentu adalah seorang pendusta.

Lantaran itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan mengingatkan ahli akar umbi supaya tidak tertipu dengan cara sedemikian demi meraih undi.

“Ramai yang janji umpama kerusi ini kamu punya, kerusi ini pak mertua kamu punya. Saya nak bagitahu sebagai presiden sekali pun dan tidak tahu sama ada saya kekal atau tidak, saya sendiri belum menjanjikan kerusi bagi sesiapa pun di negara ini.

“Jadi mereka yang janji itu, tambah bulan Ramadan ini termasuk di kalangan pendusta. Jangan kita tertipu dengan cara sedemikian kerana ia tidak membantu,” katanya menerusi hantaran video di laman Facebooknya, lewat malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, soal penentuan kerusi itu adalah urusan parti dan ia lazimnya hanya dibincangkan dengan kepimpinan tertinggi PH.

“Saya sebagai Pengerusi PH walaupun dia calon dan kerusi PKR namun saya akan selalu bawa untuk berbincang dengan kini bersama Anthony Loke Siew Fook dan Mohamad Sabu.

“Kita akan berbincang sebagai satu pasukan dan untuk makluman mereka (Anthony dan Mohamad) pun begitu. Calon akan dimaklumkan setelah kita setuju dengan pembahagian kerusi,” katanya.

Jelasnya, beliau hanya merestui calon yang bertanding secara sihat dan mempunyai kelayakan serta kewibawaan untuk memimpin.

 

PEMILIHAN KEADILAN Hari ini di Seremban dalam satu majlis berbuka puasa bersama MB Negeri Sembilan Aminuddin Harun. Di penghujung tazkirah, saya turut memberikan pandangan saya terkait pemilihan parti yang akan datang. Dengarkan.

Posted by Anwar Ibrahim on Saturday, April 9, 2022

“Siapa yang tentukan (calon berkelayakan) ini? (Sudah tentu) ahli-ahli parti yang mempunyai semangat yang kental dan akhlak yang baik.

“Kalau ahli memilih orang kerana janji, nasib kamulah (rosak parti),” katanya.

Justeru, Anwar mengulangi gesaan agar semua calon bertanding dengan baik dan memasang niat untuk berlumba ke arah kebaikan.

Tegasnya, calon diharapkan tidak melakukan adu domba seperti budaya segelintir parti yang sudah mulai rosak.

“Kadang-kadang saya lihat masa pertandingan parti, dia berhempas pulas tunjuk hebat luar biasa.

“Yang tak pernah nampak tiba-tiba menonjol tetapi selepas itu dia tenggelam tanpa suara dan berita.

“Jadi janganlah begitu. Sebab itu ahli gunakanlah kebijaksanaan dengan sebaiknya dalam memilih calon yang terbaik,” katanya.

Pencalonan pemilihan PKR 2022 bermula Jumaat lalu hingga hari ini membabitkan jawatan di peringkat cabang di seluruh negara.

Ia akan dilaksanakan secara dalam talian sekali gus menandakan kempen pemilihan dimulakan secara rasmi.

Bagaimanapun pusat pencalonan secara fizikal akan dibuka sepanjang tempoh berkenaan bagi membantu anggota yang ingin mencalonkan diri mereka melalui aplikasi ADIL. 

Bagi pencalonan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), ia akan dilaksanakan 11 April di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

Bagi Sabah dan Sarawak, calon boleh hadir ke pusat pencalonan disediakan di dua negeri itu.

Selepas selesai proses pencalonan, senarai calon akan dipaparkan di aplikasi dan laman sesawang ADIL sebelum tempoh bantahan dibuka selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 April.

Ia diikuti pemakluman bantahan pada 15 April, manakala tempoh rayuan bermula 16 hingga 18 April sebelum senarai muktamad calon dipamerkan pada 19 April.

Bagi proses pengundian pula, ia akan dilaksanakan secara hibrid iaitu pada 13 hingga 17 Mei secara fizikal dan 18 hingga 20 Mei secara dalam talian.

Pengundian secara fizikal akan dilaksanakan di pusat pengundian yang disediakan di cabang masing-masing, dengan satu cabang membuka sekurang-kurangnya satu pusat pengundian, tertakluk permintaan Majlis Pimpinan Negeri (MPN). - Getaran, 10 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Lawatan Rasmi PM Ke Mesir Bakal Perkukuh Hubungan 2 Negara

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia