web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAS Leak, Jebon Mana Tulis Minit Mesyuarat? - Sanusi 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 4:58PM

Muhammad Sanusi berkata perkara yang dinyatakan dalam dokumen tersebut sama sekali tidak berada dalam pengetahuannya. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - “Entah siapa tulis dokumen itu? Jebon mana ‘pi’ tulis minit mesyuarat?”

Demikian reaksi Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika ditanya mengenai kewujudan dokumen dikenali sebagai PAS Leak yang tersebar di media sosial sejak minggu lalu.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, perkara yang dinyatakan dalam dokumen tersebut sama sekali tidak berada dalam pengetahuannya selaku antara saf kepimpinan parti.

“Tak ada dalam pengetahuan saya (perkara dinyatakan dalam PAS Leak) malah kalau bincang nak perang Amerika semua itu, saya tak tulis. Benda macam itu memang saya tak tulis.

“Yang tulis itu cuma orang bodoh saja. Ada ke tulis benda itu kemudian bagi orang baca,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas berakhir Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri dipengerusikannya di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi menambah, beliau yakin dokumen itu palsu kerana ia sama sekali berbeza dengan format minit mesyuarat parti berkenaan, termasuk dari aspek ejaan serta turutan.

“Firasat saya menyatakan dokumen tersebut dibuat oleh ‘cyber trooper’ pihak yang nak dapatkan kepentingan daripadanya.

“Bukan orang yang nak dapat kepentingan daripada pelaksanaan benda yang dibincangkan dalam dokumen tersebut, tetapi mereka nak dapat kepentingan daripada kewujudan dokumen itu sendiri.  

“Contohnya Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN), Isham Jalil yang ‘dok’ desak Samsuri buat sumpah laknat.

“Isham Jalil ada kepentingan atas dokumen itu dan dia sedang menggunakan dokumen tersebut. Orang seperti ini, ada potensi untuk buat dokumen itu,” katanya.

Dalam pada itu Muhammad Sanusi berkata, PAS buat masa ini sudah pun membuat keputusan untuk tidak menyertai khemah besar dianjurkan Pakatan Harapan (PH) bagi berdepan Pilihan Raya Umum (PRU-15).

“Dalam Perikatan Nasional (PN) pernah bincang perkara ini dan PAS dah buat keputusan untuk tak sertai.

“Jika PAS tak sertai, bermakna PN pun tak cukup kerusi dan tak boleh sertai khemah besar.

“Ada orang kata khemah besar ini tanpa DAP tetapi ada juga yang kata bersama DAP. Ada DAP atau tidak, tak mungkinlah kita sertai khemah besar itu,” katanya. - Getaran 27 April 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 7 bulan yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Sanusi Harap Zulkafperi MP Terakhir Beralih Sokongan Terhadap PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia