web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sanusi Harap Zulkafperi MP Terakhir Beralih Sokongan Terhadap PM

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2024 4:26PM

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menandatangani buku mengenai kisah hidupnya di Pesta Buku Pokok Sena, hari ini. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

POKOK SENA - Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan harapan supaya tiada lagi Ahli Parlimen daripada gabungan tersebut yang beralih sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini.

Tanpa berdolak-dalik, Menteri Besar Kedah itu berkata, beliau mengharapkan supaya Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanafi menjadi individu terakhir yang berbuat demikian.

"Saya harap itu yang terakhirlah... Orang pun taklah gila semua di atas dunia ini.

"Dah wakil rakyat tak ada bajet, takkan hangpa (kamu) nak tekan dia... Tekan lama-lama, dia pun panaslah dan akhirnya lari keluar," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pesta Buku Pokok Sena di Dewan Serbaguna Pokok Sena dekat sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Zulkafperi yang menjadi Ahli Parlimen keenam menyokong Perdana Menteri berkuat kuasa semalam.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, beliau merasakan peralihan sokongan itu berpunca daripada tekanan dihadapi Zulkafperi.

"Saya tak ada bersembang dengan beliau tetapi rasanya, itulah (tekanan) sebabnya. Macam membiarkan orang itu lapar...

"Tekanan berlaku di kawasan Parlimen itu kerana orang tuntut macam-macam dan beliau tak ada kemampuan. Sampai beliau letih, maka terpaksalah (beralih sokongan)," katanya.  

Tambahnya, setiap wakil rakyat perlu sentiasa bersedia untuk susah dan menderita.

"Kita pun dah lama jadi wakil rakyat dalam keadaan susah. Jadi wakil rakyat ini perlu sedia untuk susah dan siap untuk derita.

"Kalau bahagia, Alhamdulillah tetapi kalau derita, itu kita sudah siap," katanya.

Semalam, Zulkafperi menerusi satu kenyataan mengumumkan sokongan terhadap Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta dengan alasan untuk menjamin kestabilan politik dan kelancaran pemulihan ekonomi negara serta menginsafi keperitan hidup rakyat dengan kos sara hidup yang menghimpit ketika ini.

Dalam kenyataan sama, Zulkafperi turut menyeru penduduk dan pengundi di Tanjong Karang untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Madani dan mendoakan agar kawasan parlimen itu mendapat limpahan pembangunan sebagaimana diharapkan. - Getaran 25 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Amalan Politik Kuno Asingkan Kerajaan Negeri, Persekutuan Masih Wujud - MB

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah Dalam KFA: Saya 'Target' Sebenar Mereka - Sanusi  

3

Semasa 11 bulan yang lalu

'Sanusi, Panaih Takpa, Jangan Koyak' - Netizen

4

Semasa 11 bulan yang lalu

‘24 Jam Untuk Tarik Semua Posting Atau Saya Ambil Tindakan’ - Sanusi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah