web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘24 Jam Untuk Tarik Semua Posting Atau Saya Ambil Tindakan’ - Sanusi

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2023 8:29PM

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang media selepas mesyuarat exco di Wisma Darul Aman hari ini. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi tempoh selama 24 jam kepada semua pihak termasuk media, netizen dan 'cybertroopers' untuk memadam atau menarik semula sebarang 'posting' yang didakwa memberi gambaran seolah-olah kerajaan negeri terbabit dengan skandal 'kehilangan' beras tempatan.

Menurutnya, dakwaan itu timbul susulan laporan bersifat 'tergantung' dikeluarkan beberapa akhbar semalam, berhubung siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sebuah syarikat yang didakwa memperoleh kontrak membekal beras daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri (GLC).

Tegasnya, laporan itu memberi gambaran seolah-olah kejadian tersebut berlaku semalam di bawah pentadbirannya, sedangkan kes yang disiasat itu berlaku pada 2016. 

"Kalau tak dipadam atau tarik balik, kami akan arahkan barisan peguam buru semua pemilik akaun untuk diambil tindakan mahkamah, termasuk akhbar yang buat laporan tergantung kerana memberi gambaran salah kepada orang ramai. Tidak terkecuali, wartawan menulis berita dan syarikat akhbar yang menerbitkan akhbar tersebut. 

"Mereka yang menyerbu di media sosial tanpa memakai 'helmet' dalam isu ini di media sosial akan turut diburu. Ini akan jadi pengajaran kepada semua pihak yang nak sebarkan sesuatu berita atau maklumat, mesti beri maklumat lengkap agar memberi keadilan kepada semua pihak," katanya. 

Beberapa akhbar dan portal semalam memetik kenyataan sumber yang mendakwa pengarah syarikat beras terbabit telah berpakat dengan seorang ahli lembaga pengarah GLC bagi mengesahkan pembelian dan penghantaran 28,000 tan beras setahun bernilai lebih RM100 juta. 

Pembekal tersebut bagaimanapun didakwa tidak menepati kontrak untuk melaksanakan pembekalan seperti dijanjikan, hingga menyebabkan berlakunya masalah pengedaran dan penjualan bahan makanan utama tersebut di dalam negara ketika ini. 

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, kontrak yang dimaksudkan itu adalah satu perjanjian antara Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) dengan sebuah syarikat pada 2016, melibatkan pemasaran tiga jenis beras keluaran GLC berkenaan.

Transaksi tersebut hanya berlaku setahun iaitu antara November 2016 hingga 2017, sebelum dihentikan dan siasatan dijalankan SPRM serta Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras.

"Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang bersidang pada 24 Disember 2019 dimaklumkan, siasatan SPRM telah selesai dan fail sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

"Akhirnya pada 11 Oktober 2021, Kedah Agro menerima makluman bahawa isu audit yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017 siri dua berstatus 'selesai' atau hijau," katanya.

Tegas Sanusi, beliau hairan mengapa perkara yang telah dianggap selesai, kembali digembar-gemburkan di tengah-tengah kehangatan isu 'kehilangan' beras putih tempatan ketika ini.

"Golongan yang jenis serbu tak pakai 'helmet' ini pula memberi gambaran seolah-olah Sanusi yang sorok beras dan isu kehilangan beras ini berpunca daripada kerajaan negeri. Seolah-olah kerajaan negeri dijadikan kambing hitam untuk melenyapkan kelemahan pihak tertentu berhubung kehilangan beras putih tempatan," katanya. - Getaran, 11 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Amalan Politik Kuno Asingkan Kerajaan Negeri, Persekutuan Masih Wujud - MB

2

Semasa 7 bulan yang lalu

KPKM Optimis Kemuka Penyelesaian Isu Padi, Beras Seperti Diarah PM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

KPKM, NACCOL Ada Hingga 20 Mac Untuk Muktamad Harga Beras - PM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Mesyuarat NACCOL Putuskan Harga Kawalan Beras Minggu Depan - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi