web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Amalan Politik Kuno Asingkan Kerajaan Negeri, Persekutuan Masih Wujud - MB

Politik Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2024 4:12PM

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. gambar ihsan SUK

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa amalan politik kuno masih diamalkan pihak tertentu bagi mengasingkan kerajaan negeri dan Persekutuan berikutan perbezaan politik.

Menurutnya, beliau membuat teguran secara terbuka itu supaya semua jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan yang berada di Kedah diberi ruang untuk menjalin kerjasama erat bersama kerajaan negeri untuk menghadapi cabaran mendatang.

Tegasnya, beliau berharap supaya tiada lagi agensi Persekutuan yang dikawal oleh kementerian tertentu bagi mengasingkan Kedah daripada sebarang aktiviti mahu pun tindakan yang sepatutnya diambil bagi memajukan negeri ini.

"Walaupun ada suara yang datang menyatakan untuk terus bekerjasama tetapi dari segi amalan, masih ada politik kuno diamalkan untuk asingkan kerajaan negeri dan agensi Persekutuan.

"Saya beri contoh, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akhir-akhir ini, saya faham arahan lisan daripada pihak agensi untuk kurangkan laporan atau kerjasama dengan kerajaan negeri.

"Tetapi saya beri jaminan sebagai kerajaan negeri yang bersikap terbuka dan memahami fungsi serta tanggungjawabnya, kami sentiasa amalkan tangan terbuka dan mengalu-alukan kerjasama dari agensi serta jabatan pertanian untuk kita pastikan kebimbangan seluruh penduduk dunia terhadap isu bekalan makanan yang kian meruncing, dapat diatasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Najmi Ahmad (PN-Kupang) mengenai perancangan kerajaan negeri bagi memastikan jaminan bekalan makanan menjelang 2040.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan susulan pembinaan tersier baharu dengan peruntukan berjumlah RM3 bilion seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu kempen pilihan raya lalu.

Katanya, beliau difahamkan ada pihak yang akan melaksanakan projek tersebut dengan kewujudan tersier atau lebih dikenali sebagai 'parit gila' dalam kalangan penduduk tempatan dan ia bakal membantu menjayakan hasrat penanaman padi sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun.

"Saya ucap terima kasih dan kita hargai usaha dijalankan kerajaan Persekutuan. Begitu pun projek ini mestilah dilaksanakan secara kerjasama rapat dengan kerajaan negeri kerana pelaksanaannya akan melibatkan pengambilan tanah dan pembinaan infrastruktur.

"Saya yakin, jika tak dilaksanakan secara bersama dengan kerajaan negeri, projek itu akan mengalami masalah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan harapan supaya Kedah tidak menjadi pusat lambakan baja padi tidak berkualiti.

"Kita membawa satu model yang dibawa kementerian iaitu model Sekinchan untuk dilaksanakan di kawasan MADA. Di Sekinchan, mereka ada bekalan baja yang saya rasa lebih baik daripada apa yang dibekalkan kepada petani di seluruh Kedah ketika ini.

"Baja pula bahan utamanya kita ambil dari Belarus iaitu sebuah negara yang terkesan dengan perang Rusia dan Ukraine, sekali gus menyebabkan masalah bekalan. 

"Perkara ini saya yakin dapat ditangani dengan baik oleh kementerian dan kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan semua pihak untuk menghadapi segala cabaran mendatang," katanya. - Getaran, 5 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Sanusi Harap Zulkafperi MP Terakhir Beralih Sokongan Terhadap PM

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah Dalam KFA: Saya 'Target' Sebenar Mereka - Sanusi  

3

Politik 9 bulan yang lalu

Muhammad Sanusi Dilarang Ulang Kenyataan Fitnah Terhadap Anwar

4

Semasa 11 bulan yang lalu

‘24 Jam Untuk Tarik Semua Posting Atau Saya Ambil Tindakan’ - Sanusi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah