web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan Rasuah Dalam KFA: Saya 'Target' Sebenar Mereka - Sanusi  

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 12:13PM

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika ditemui media selepas Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar di Dataran Wisma Darul Aman di sini, hari ini. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa, beliau adalah sasaran sebenar di sebalik penahanan empat individu yang disyaki terbabit dalam kes rasuah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), baru-baru ini.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, penahanan empat individu berkenaan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KFA, hanyalah satu bentuk aksesori.

Beliau yang juga Presiden KFA berkata, dirinya dijadikan sasaran kerana tidak seiringan dengan pihak tertentu.

"Semua itu (penahanan empat individu) aksesori saja tetapi 'targetnya' saya. Nak cari kes saya berbulan pulun tak jumpa.

"'Hangpa' nak apa? Nak kebenaran atau 'pekena' (aniaya) orang? Kebenaran 'hangpa' dah jumpa iaitu Sanusi tak ada kes apa-apa tetapi 'hangpa' adakan juga.

"Satu daripadanya pamerkan persepsi, bina naratif bahawa di Kedah ini rasuah banyak, kononnya rasuah dalam bola sepak pun banyak," katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar di Dataran Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Ditanya sama ada beliau sudah dipanggil SPRM untuk turut memberi keterangan, Muhammad Sanusi berkata, setakat ini tiada mana-mana pihak menghubunginya berhubung kes tersebut.

Namun, katanya, beliau sedia pada bila-bila masa untuk tempoh '28' jam sehari sekiranya diminta memberi kerjasama.

"'Mai' (Datang) bila-bila masa, hangpa nak tanya apa, mai saya jawab. Mereka yang ditahan itu pun pada awalnya hanya dipanggil beri keterangan tetapi dipamerkan seolah-olah akan dituduh.

"Itu semua propaganda murahan pihak tertentu menggunakan agensi awam dan sebab itulah saya marah. Mereka bukan ada salah lagi dan duit itu pun masuk akaun KFA, bukan akaun mereka," katanya.

Muhammad Sanusi dalam pada itu menegaskan, sepatutnya pihak lain yang dikenakan tindakan dalam kes tersebut dan bukannya empat individu yang ditahan.

"Ada satu pihak lain... Sepatutnya pihak lain yang kena, bukan depa (empat orang ditahan) itu. Dalam empat orang itu pun, hanya seorang uruskan KFA, manakala yang lain-lain tak ada kaitan dengan KFA.

"Jumlah duit itu pun cuma RM5 juta dan bukannya RM6 juta. Boleh nampak ada pihak jahat nak bagi jadi banyak (jumlah duit)?" katanya.

Muhammad Sanusi menambah, kes itu turut memberi kesan kepada KFA terutamanya dari sudut kewangan.

"KFA sedang menanggung hutang, selain menampung pasukan futsal, Piala Presiden dan belia. Semua orang sebelum ini dah setuju nak sumbang kepada KFA tetapi apabila cerita ini dibuat, orang takut dan tak mahu bagi sebab kononnya berlaku penyelewengan.

"Duit sumbangan itu ada dalam KFA tetapi tiba-tiba dituduh rasuah. Kalau masuk poket empat orang itu bolehlah dituduh rasuah tetapi duit tersebut 'duduk' dalam KFA dan kita gunakan bayar hutang.

"Rasuah apa begitu? Tak betul 'hangpa' punya naratif...," katanya. - Getaran 8 Januari 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang