web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPKM, NACCOL Ada Hingga 20 Mac Untuk Muktamad Harga Beras - PM

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 5:16PM

Perdana Menteri (kanan) ketika menghadiri Program MADANI Rakyat Zon Tengah - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh hingga 20 Mac depan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) untuk memuktamadkan isu harga padi dan beras.

Beliau berkata penetapan harga barangan asas itu memerlukan sedikit masa untuk dimuktamad bagi mengimbangi keperluan pengguna dan pesawah supaya kedua-dua kumpulan tidak terbeban.

"Bila main soal dasar, nak tetapkan dasar, harga padi umpamanya, itu kita harus sabar sekejap, ikut proses sebelum kita muktamadkan dan saya sudah bercakap sendiri dengan pihak BERNAS dalam mesyuarat NACCOL baru-baru ini supaya mencari jalan (kurangkan) import beras manakala pengeluaran tempatan dinaikkan.

"Dia ada masalah, naik (harga dan ini akan beri) beban kepada pengguna, tak naik (harga dan ini akan beri) beban kepada pesawah, jadi bagaimana nak imbangi kedua-duanya kerana pesawah adalah antara kelompok yang miskin di negara kita.

"Rakyat umumnya mahu harga beras turun atau terkawal, pesawah mahu hasil mereka itu dinilai," katanya pada majlis penutup Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor hari ini.

Dalam perkembangan lain Anwar berkata, kerajaan akan memperkenal program pertanian bersasar di bandar sebagai anjakan kepada pengeluaran hasil pertanian negara.

Katanya, kejayaan program pertanian bandar di negara jiran Singapura wajar diteroka serta dicontohi di kawasan kekurangan tanah di bandar dan pinggir bandar dengan permulaan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, KPKM dan kementerian lain bersama agensi berkaitan diberi tempoh sebulan untuk mengemukakan perancangan yang sesuai bagi program itu.

"Di samping kita teruskan usaha sedia ada bidang pertanian, kita juga perlu tumpukan kepada pengeluaran pertanian di bandar dengan fokus kepada penglibatan golongan miskin bandar.

"Saya juga minta menteri (berkaitan) meneliti perkara ini termasuk menyediakan peruntukan tambahan khas dalam bidang ini bagi meningkatkan kegiatan pertanian di bandar," katanya semasa sesi dialog Malaysia di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia