web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Sanusi, Panaih Takpa, Jangan Koyak' - Netizen

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 9:18AM

Muhammad Sanusi Md Nor - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sememangnya tidak pernah sunyi daripada kontroversi.

Namanya semakin hangat selepas dipilih menerajui Kedah buat kali kedua, susulan kejayaan Perikatan Nasional (PN) menakluk bumi Jelapang Padi itu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lalu.

Pasti ramai masih mengingati bagaimana ‘panglima perang’ itu hangat dikaitkan dengan isu kecurian nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, yang didedahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sanusi bagaimanapun kekal dengan pendirian menafikan semua tuduhan dan akhirnya berjaya mempengaruhi rakyat Kedah menolak Kerajaan Perpaduan untuk terus setia bersama PN.

Terbaru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu sekali lagi menjadi sasaran ramai susulan kenyataannya yang mempertikai laporan mengenai isu sorok beras di negeri berkenaan.

Muhammad Sanusi Md Nor menjadi bahan jenaka netizen kerana didakwa 'koyak' dengan isu sorok beras - gambar X
Muhammad Sanusi Md Nor menjadi bahan jenaka netizen kerana didakwa 'koyak' dengan isu sorok beras - gambar X

Di X, cubaan seorang penyokong PN untuk meraih simpati ramai terhadap Sanusi bagaimanapun mengundang ‘padah’ apabila ciapannya dibanjiri kecaman netizen.

Beliau turut dianggap sebagai pemimpin paling ‘sombong’ susulan siri kenyataan dibuat sebelum ini melibatkan pelbagai isu.

Lutfi.Azmi di @twt_lutfi berkata, dia mengganggap isu sorok beras itu adalah balasan ‘tunai’ daripada Allah SWT ke atas Sanusi.

“Hahahaha terpaling claim paling banyak mata mata, mulut sombong cakap besar, sekali Tuhan tunjuk, orang sorok beras depan mata dia tak nampak. Asal cakap je sombong. 

“Btw, tak dak siapa pon tuduh dia yang sorok. sendiri koyak. Hahahahahaha,” katanya, sinis.

Una di @Unabonana23 tidak ketinggalan menyuarakan pendapat senada,  apabila mempersoalkan kedangkalan Sanusi dalam menangani isu beras itu.

“Die jadi MB dekat kedah tp die x tahu cerita.. tula makan byk smpi kenyang nk jalan pun ssh,” sindirnya.

Peng Seong di @Cashisnotking1 turut mempersoalkan rasional di sebalik dakwaan Sanusi bahawa beliau tidak terbabit dalam kes tersebut.

Point is he has been MB for 3-4 yrs, yet doesnt know such a big issue has happened in Kedah? Then y do PN cytros question Unity Govt which has < 1 yr? (Yang penting beliau telah bergelar Menteri Besar selama 3-4 tahun, tapi tak tahu isu sebesar ini berlaku di Kedah? Jadi mengapa cytro PN mempersoalkan Kerajaan Perpaduan yang baru berusia kurang setahun),” katanya.

Video berkenaan turut menjadi jenaka ramai apabila mereka menyifatkan Sanusi ‘koyak’ sedangkan tiada siapa menuduhnya sebagai dalang kes.

“Siapa tuduh ni…terasa pasaipaa???,” ciap Madam K di handle @oreo_koshka27 sambil diikuti emoji ketawa besar.

Amirul Nizam pula berkata, Pesuruhjaya PAS Kedah itu bijak ‘menghalalkan’ sesuatu yang mereka lakukan, tapi pantas menjatuh hukum jika ia melibatkan Kerajaan Perpaduan.

““Ramai yang rasa banyak sangat pahala la ni. Ikut suka tuduh orang.”

Time dia buat xpa, time org lain cerita dosa pahala,” katanya.

Getaran sebelum ini melaporkan, Sanusi memberi tempoh  24 jam kepada semua pihak termasuk media, netizen dan 'cybertroopers' untuk memadam atau menarik semula sebarang 'posting' yang didakwa memberi gambaran seolah-olah kerajaan negeri terbabit dengan skandal 'kehilangan' beras tempatan.

Menurutnya, dakwaan itu timbul susulan laporan bersifat 'tergantung' dikeluarkan beberapa akhbar semalam, berhubung siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sebuah syarikat yang didakwa memperoleh kontrak membekal beras daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri (GLC). - Getaran, 13 Oktober 2023
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

KPKM Optimis Kemuka Penyelesaian Isu Padi, Beras Seperti Diarah PM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

KPKM, NACCOL Ada Hingga 20 Mac Untuk Muktamad Harga Beras - PM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Mesyuarat NACCOL Putuskan Harga Kawalan Beras Minggu Depan - PM

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Sanusi Harap Zulkafperi MP Terakhir Beralih Sokongan Terhadap PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang