web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MCA Bela Maria Chin Bukti Tak Jaga Perasaan Parti Komponen BN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 9:02PM

Maria Chin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mempersoalkan tindakan Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie yang mempertahankan Maria Chin Abdullah daripada dipenjarakan tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah, baru-baru ini. 

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, tindakan itu mampu mewujudkan persepsi negatif serta perpecahan perkauman kerana Seai Kie merupakan Penasihat Hal Ehwal Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri. 

Tegasnya, tidak logik untuk MCA menyokong pembangkang kerana parti itu adalah komponen Barisan Nasional (BN) yang majoriti penyokongnya adalah orang Islam. 

"Bagaimanakah Seai Kie ini ‘penasihat’ (berwatakan sebegini) boleh dilantik bagi menguruskan perpaduan negara. Malah, dari aspek politiknya pun saya tidak nampak apa rasionalnya.

"MCA sepatutnya tidak masuk campur urusan umat Islam sebegini rupa lebih-lebih lagi selama ini majoriti besar pengundi parti itu adalah orang Islam semata-mata," katanya kepada Getaran, hari ini. 

Aminuddin Yahaya
Aminuddin Yahaya

Menurut Aminuddin, sokongan itu seolah mencerminkan bahawa MCA yakin pengundinya tidak kisah parti terbabit menyokong pembangkang kerana ada pihak yang akan 'menyucikan' mereka daripada perbuatan tersebut. 

"Adakah mereka yakin bahawa pengundi mereka tidak kisah pun kerana ada yang akan junjung mereka berarak seluruh kampung ketika pilihan raya berlangsung nanti," katanya. 

Jelas Aminuddin, beliau sebenarnya tidak terkejut tindakan terbabit dilakukan MCA kerana sudah menjadi kebiasaan parti itu akan bersaing dengan DAP sekiranya melibatkan isu perkauman mahupun agama. 

"Seperti biasa, di mana-mana isu yang ada DAP, MCA pasti akan berlumba-lumba untuk menjuarainya juga. 

"Tak ada istilah jaga perasaan rakan komponen apatah lagi yang berkaitan Islam. Entah-entah selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti Heng Seai Kie ini boleh jadi menteri pula," katanya. 

Terdahulu, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin, dipenjarakan tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 25 April lalu selepas didapati bersalah atas tuduhan menghina keputusan mahkamah berhubung hukuman penjara terhadap bekas isteri seorang ahli perniagaan.

Hakim Syarie, Mohamed Fouzi Mokhtar, memutuskan hukuman itu selepas mendapati terdapat unsur menghina, merendah, memperlekehkan serta memfitnah mahkamah dalam artikel diterbitkan Maria pada 5 September 2019, membabitkan Pengarah Kumpulan NAZA, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin dan Emilia Hanafi.

Beliau berkata, tajuk digunakan Maria dalam artikel itu turut menghina mahkamah dan memberikan tanggapan buruk terhadap institusi Mahkamah Syariah di mata awam.

Katanya, kenyataan Maria selaku responden bukan tergolong dalam komen yang adil, malah seolah-olah berniat memburukkan Mahkamah Syariah dengan menggunakan fakta kes tersasar dan tidak berkaitan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pihak responden untuk menangguhkan hukuman itu sementara menunggu rayuan. - Getaran, 3 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini