web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Serang Ketika Musuh Lemah, Kini Masa Terbaik PRU-15 - Tok Mat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 5:40PM

Mohamad Hasan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kini adalah masa terbaik untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menerusi sidang akhbarnya hari ini, beliau berkata, adalah penting untuk merebut peluang ‘menyerang’ blok pembangkang yang berada dalam keadaan ‘kucar kacir’.

“Untuk parti, ini masa sesuai. Ruang ada dalam lingkungan sekarang dan bila-bila. Itu kedudukan parti.

“Ini adalah ruang sesuai untuk kita menyerang ketika musuh lemah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan forum UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad berkata, keputusan untuk membubarkan Parlimen dan menggesa PRU-15, terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sambil memaklumkan kerajaan  sudah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) mengenai kerjasama dwipartisan dan kestabilan politik, beliau berkata, Perdana Menteri tidak sepatutnya ditekan untuk membuat keputusan kerana mempunyai pandangan serta pertimbangan sendiri.

“Kami akan tunggu sehingga 31 Julai dan selepas itu, kami akan berbincang,” katanya.

MoU ditandatangani kerajaan dan PH menetapkan Parlimen tidak akan dibubarkan sebelum 31 Julai tahun ini, bagi membolehkan tempoh kestabilan politik.

Sementara itu, mengulas mengenai perhimpunan agung parti Ahad ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau terbabit berkata, beliau mengharapkan perwakilan meluluskan pindaan perlembagaan parti.

Ia, katanya, akan memberi pilihan kepada parti untuk menentukan tarikh pilihan raya dalaman.

Menurut Mohamad, ketika ini di bawah fasal 10.1.6 perlembagaan parti, parti itu hanya boleh menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan, seperti termaktub dalam fasal 1 perlembagaan UMNO.

“Selepas ini, kita akan menambah klausa bahawa dalam klausa 10.1.6, iaitu pemilihan parti boleh ditangguhkan selama 18 bulan atau enam bulan selepas PRU. Kita ada pilihan,” katanya.

Mohamad juga melahirkan keyakinan bahawa pindaan kepada perlembagaan parti akan diterima dan diluluskan Pendaftar Pertubuhan, memandangkan parti itu sudah mengikuti semua proses undang-undang. - Getaran, 11 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

2

Politik 3 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

3

Semasa 4 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

4

Politik 6 bulan yang lalu

UMNO Anjur Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Mulai Januari

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari

Semasa 1 hari yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

oleh Diyana Nawwar

Semasa 16 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM