web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Anjur Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Mulai Januari

Politik Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 7:57AM

Dr Asyraf Wajdi Dusuki - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam tadi bersetuju untuk menganjurkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri, bermula Januari 2024.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu bagi mempertingkatkan kesefahaman dan kerjasama, antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Dalam mesyuarat itu juga, beliau berkata sempena setahun usia Kerajaan Perpaduan MT UMNO menegaskan pendirian parti untuk terus memperkukuhkan dan mempertahankan Kerajaan Perpaduan, sebagaimana dititahkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Memperteguhkan asas-asas kerjasama yang dipersetujui bersama antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan, melalui perjanjian yang telah dimeterai terutamanya berkenaan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,” katanya menerusi kenyataan malam ini. 

Beliau berkata mesyuarat pada malam ini juga memperakukan bahawa semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO, akan terus mendukung pendirian parti untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan.

“... (ini) sebagaimana yang diputuskan oleh Mailis Kerja Tertinggi UMNO pada 24 Nov 2022 dan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO pada 14 Jan 2023,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata bagi memastikan agenda Melayu terus diperkasa, UMNO pada 6 Jan tahun hadapan akan mengadakan Kolokium Khas Bersempena Kongres Ekonomi Bumiputera, yang bakal membentangkan hala tuju dan tawaran ekonomi baharu untuk bangsa Melayu di negara ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka