web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukan Saya, Siapa Putar Belit Kata Xaiver Sertai PBM? - Wan Saiful

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 May 2022 7:11PM

Datuk Wan Saiful Wan Jan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan menyangkal dakwaan kononnya beliau mengesahkan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Beliau menegaskan kenyataan terbabit diputar belitkan dan berharap agar petikan kata-kata itu sebelum ini, dibuat dengan tepat, merujuk apa disebutnya.

“Ada laporan kononnya saya dengar Yang Berhormat Xavier Jayakumar (Ahli Parlimen Kuala Langat) akan menyertai parti (PBM), tetapi saya tidak pasti jika ada pemimpin lain dari BERSATU (selain Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin) juga akan keluar untuk menyertai parti baharu.  

“Petikan itu pula kemudian dipetik platform lain dan ada yang spin (putar belit) sehingga menyimpang jauh dari apa saya kata.

“Entah siapa mencipta bahagian hujung ayat tersebut sebab itu bukan perkataan saya,” tegasnya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Wan Saiful berkata demikian bagi mengulas kekeliruan dalam laporan media kononnya beliau mengesahkan Xavier akan menyertai PBM.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya hanya menjelaskan bahawa BERSATU belum menerima sebarang makluman daripada Ahli Parlimennya, selain Zuraida yang kemungkinan meninggalkan parti itu untuk bersama parti lain.

Sehingga kini, beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memaklumkan, belum mendengar kononnya ada Ahli Parlimen BERSATU lain akan keluar parti.

“Petikan yang betul ialah saya ada dengar mengenai YB Xavier, tapi lain-lain saya belum terima. Saya maksudkan adalah tiada dengar Ahli Parlimen dari mana-mana parti yang akan menyertai PBM.  

“Saya nak tunggu lihat kalau betul-betul berlaku dulu sebelum jawab soalan. Saya tak suka komen atas spekulasi.  

“Sebab itulah komen saya berbentuk umum tanpa merujuk khusus kepada mana-mana parti dan saya tak ada dengar pula ada Ahli Parlimen BERSATU (yang lain) keluar,” katanya.  

Sementara itu, Wan Saiful mengesahkan Xavier yang juga mantan Naib Presiden PKR ketika ini, bukannya ahli BERSATU.

“Saya juga sudah semak dan nama YB Xavier tiada dalam daftar keahlian BERSATU.

“Tulisan yang selain dari petikan sebenar seperti dalam video adalah salah dan petikan kenyataan seharusnya tepat seperti sebenarnya disebut,” katanya.

Terdahulu, Zuraida berhasrat meletakkan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas mengumumkan keluar daripada BERSATU untuk menyertai PBM.

Bagaimanapun, beliau kekal menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selari dengan pendirian PBM.

Zuraida dalam kenyataan medianya sebelum ini mengumumkan akan berbincang dengan Perdana Menteri berhubung hasratnya meletak jawatan Kabinet, susulan keputusannya keluar BERSATU dan menyertai PBM.

Ketika ini, PBM bukan parti gabungan dalam kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), namun beberapa Ahli Parlimen dalam PBM sebelum ini menyatakan sokongannya kepada kerajaan sedia ada. - Getaran, 28 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Kerajaan Kemuka Usul Rujuk Wan Saiful Ke Jawatankuasa Parlimen Isnin Ini

2

Politik 6 bulan yang lalu

Dewan Rakyat: Wan Saiful Mohon Maaf, Usul Gantung 6 Bulan Ditarik Balik

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Kes Pengubahan Wang Haram, Rasuah Wan Saiful Dibicarakan Bersama

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Pengubahan Wang Haram RM5.59 Juta, Wan Saiful Terima 18 Pertuduhan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 54 minit yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'