web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ada 'Dengar' Namun Belum Bincang Dengan WARISAN - PBS

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 4:16PM

Mohd Shafie Apdal - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Bersatu Sabah (PBS) mengesahkan belum mengadakan sebarang pertemuan untuk membincangkan kerjasama dengan Parti Warisan (WARISAN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangka dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Naib Presidennya, Datuk Johnny Mositun berkata, PBS maklum dengan kesediaan WARISAN untuk bekerjasama namun tiada perbincangan telah dilakukan berkenaan perkara terbabit setakat ini.

Beliau bagaimanapun dilihat seolah-olah menyambut baik hasrat WARISAN itu.

"Perkara biasa bagi mana-mana parti politik termasuk daripada blok pembangkang yang mengamalkan dasar buka pintu untuk menjalinkan kerjasama.

“Dalam politik, tiada musuh dan kawan yang kekal, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Setakat saya tahu tiada perbincangan mengenainya setakat ini. Ia sekadar cakap-cakap ahli politik yang bukan dalam kalangan PBS," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Shafie Apdal - Gambar fail
Mohd Shafie Apdal - Gambar fail

Terdahulu, Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyatakan kesediaan parti tersebut untuk bekerjasama dengan parti tempatan terutama daripada PBS.

Beliau mengakui perlu mendengar suara di pihak akar umbi yang mahukan gabungan dengan parti tempatan di negeri ini.

"Seperti saya nyatakan, kena ada juga pihak di peringkat akar umbi bukan hanya suara dari luar yang menyatakan perlunya ada gabungan dengan parti tempatan dan antaranya saya lihat ialah PBS kerana saya kenal mereka.

"Saya tahu rakan-rakan kita dahulu, kita pun satu sekolah dengan Maximus (Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili) dan saya juga menjadi menteri Kabinet bersama beliau dahulu, malah saya kenal sebahagian pimpinan di peringkat akar umbi. Saya rasa kalau itu menjadi satu pilihan, pimpinan WARISAN tidak jadi masalah kalau (bekerjasama dengan) PBS," katanya.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, WARISAN bagaimanapun perlu mengukuhkan kedudukan mereka terlebih dahulu.

“Saya serahkan keputusan kepada PBS samada ingin menjalinkan kerjasama atau tidak,” katanya. - Getaran, 7 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang