web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih Ramai 'Ahli Parlimen Katak' Akan Keluar BERSATU

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 12:20PM

Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menjangkakan lebih ramai Ahli Parlimen mahupun pemimpin akan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Beliau meramalkan perkara berkenaan selepas Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar dilaporkan keluar daripada parti pimpinan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Isham Jalil -  Gambar fail
Isham Jalil - Gambar fail

Isham berkata, tindakan terbabit bakal berlaku berikutan momentum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) membuatkan lebih ramai ‘pemimpin katak’ merasakan mereka tiada masa depan bersama BERSATU. 

“Ini kita sudah jangka. Semakin dekat pilihan raya, semakin ramai keluar dari parti pelompat ini, iaitu BERSATU. Bukan sahaja Santhara, saya lihat ramai lagi akan keluar atau letak jawatan, termasuk yang dulu mengkhianati UMNO.

“Dulu mereka melompat parti dan mencari kesempatan. Sekarang masa mereka sudah hampir tamat. Mereka tidak nampak masa depan, oleh itu mereka melompat lagi. 

“Dahulunya pun semasa mereka mengkhianat parti mereka tidak fikir masa depan dan tidak fikir panjang. Hanya fikir peluang di depan mata dan sanggup gadai prinsip serta perjuangan parti untuk kepentingan diri sendiri,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Santhara dikatakan memutuskan keluar BERSATU kerana merasakan masa depannya sebagai Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam parti terbabit semakin gelap. - Gambar fail
Santhara dikatakan memutuskan keluar BERSATU kerana merasakan masa depannya sebagai Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam parti terbabit semakin gelap. - Gambar fail

Terdahulu, berdasarkan sumber, Santhara dilaporkan keluar daripada BERSATU apabila dikatakan sudah menyerahkan surat berhubung keputusannya itu kepada Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada minggu lalu.

Kata sumber berkenaan, langkah Santhara itu dibuat selepas beliau merasakan masa depannya sebagai Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam parti terbabit semakin gelap.

Sementara itu, mengulas lanjut, Isham menegaskan langkah Santhara dilihat mementingkan diri sendiri semata-mata dengan membelakangkan prinsip parti.

“Kini mereka perlu berdepan dengan rakyat semula. Mereka tahu rakyat tidak akan terima oportunis seperti ini dan itulah yang berlaku kepada orang yang ambil jalan singkat serta gadai maruah diri.

“Lambat laun mereka perlu tanggung akibat tindakan mereka tersebut. Bak kata pepatah Melayu, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua,” katanya.

Dengan langkah Santhara ini, BERSATU akan kehilangan satu-satunya Ahli Parlimen bukan Bumiputera.

Santhara adalah antara 10 Ahli Parlimen yang mengikuti langkah Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali untuk keluar daripada PKR susulan Langkah Sheraton pada Februari 2020. - Getaran, 24 Julai 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan