web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Melayu Perlu 'Hukum' Pemimpin Terpalit Rasuah, Isu Integriti

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Jul 2022 5:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang Melayu menjadi lemah sekiranya mereka tidak menghukum dan masih menyokong pemimpin yang melakukan penyelewengan dan rasuah.

Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu (AMANAH) berkata, beliau bimbang parti komponen kerajaan akan menggunakan taktik kotor dengan memainkan sentimen perkauman dan agama bagi menarik hati masyarakat untuk mengundi mereka.

“Kita bimbang di Malaysia demografi isunya sama seperti Sri lanka iaitu menggunakan psikologi memaksa rakyat menyokong Bumiputera untuk terus memimpin, di mana jangan benarkan orang lain memerintah.

“Negara kita, walaupun korup pun tak mengapa, kita tetap kena sokong Melayu Islam yang akhirnya hutang negara bertambah, indeks rasuah meningkat. Ketika itu tidak berguna lagi jika kita jadi macam Sri Lanka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 di  Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, RUU tersebut merupakan permulaan dalam menambat semula keyakinan rakyat terhadap sistem politik negara.

“Bagi saya ia mengambil masa lima hingga 10 tahun untuk membina semula keyakinan rakyat terhadap demokrasi berparlimen.

“Bukan senang setelah dirosakkan melalui Langkah Sheraton atau gerakan syaitan itu sehingga habis lingkup sistem politik Malaysia,” katanya.

Sementara itu, walaupun menyokong sepenuhnya RUU terbabit, Mat Sabu turut mempersoalkan moral kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ yang menerima pengkhianat sebagai Jemaah Menteri.

Tegas beliau, Malaysia seharusnya mencontohi tindakan diambil Perdana Menteri Britain, Boris Johnson yang meletak jawatan selepas mendapat tentangan hebat daripada ahli partinya hanya kerana melanggar peraturan ketika negara itu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dalam Parlimen, dia (Johnson) dah minta maaf atas kesalahannya kerana rakyat sedang dikurung, dia boleh buat parti di rumahnya. Namun itu tidak cukup buat partinya.

“Dia digesa oleh partinya sendiri bukan parti lawan untuk meletak jawatan. Mereka pegang kuat soal moral namun bagi kita, soal moral tak menjadi perkara besar lagi,” katanya.

Susulan itu beliau berkata, akhlak negatif ini perlu dihapuskan demi membina pemimpin bermoral pada masa akan datang.

Katanya, menerusi langkah itu, sistem demokrasi berparlimen di negara ini akan kembali disanjung rakyat. - Getaran, 27 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad