web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rafizi, Nik Nazmi Harus Bertanding Di Negeri Strategik Pikat Hati Rakyat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 1:53PM

Nik Nazmi (dua dari kiri) dan Rafizi Ramli (kanan). - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wujud keperluan bagi Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli serta Naib Presidennya, Nik Nazmi Nik Ahmad bertanding di Johor dan Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Mantan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman berkata, cadangan terbabit perlu direalisasikan agar rakyat menyokong kembali PKR dan Pakatan Harapan (PH). 

"Rafizi dan Nik Nazmi dicadangkan supaya bertanding di negeri strategik iaitu di Johor dan Kelantan bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

"Jika kedua-dua pemimpin ini bersama dengan calon muda lain bertanding di negeri strategik, ia akan menyerlahkan lagi potensi PKR dan PH untuk menawan negeri tersebut," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Mengulas lanjut, Syed Badli Shah berkata, PKR kini memasuki fasa pengukuhan dengan saf kepimpinan baharu mula mengorak langkah bagi menghadapi PRU-15.

Jelasnya, tindakan meletakkan pemimpin muda bagi mengetuai jentera parti di Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu adalah strategi ampuh bagi menarik semula sokongan masyarakat. 

“Kelantan dan Johor misalnya, adalah dua negeri strategik yang perlu diberi perhatian khusus dengan meletakkan tokoh muda berwibawa dari PKR.

“Timbalan Presiden PKR, Rafizi kini mengetuai Johor manakala Naib Presiden, Nik Nazmi pula mengemudi Kelantan," katanya. 

Justeru, Syed Badli Shah menegaskan kewibawaan dua tokoh muda tersebut cukup menyerlah dan tidak sukar bagi mereka untuk menawan kerusi di negeri strategik milik pihak lawan. 

"Ini disebabkan potensi dan populariti mereka sangat dikenali rakyat,” katanya. 

Terdahulu, Rafizi dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) bagi Wilayah Persekutuan dan Johor.

Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa pula dilantik sebagai Pengerusi MPN di Kelantan dan Terengganu.

Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam empat mesyuarat berasingan yang diadakan bersama Ketua Cabang di negeri terbabit, baru-baru ini. - Getaran, 8 Ogos 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan