web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BN Pertimbang Permohonan Beberapa Parti Mahu Sertai Gabungan Itu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 7:00AM

Ismail Sabri Yaakob (kiri) dan Zahid Hamidi ketika menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi gabungan malam tadi. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) sedang mempertimbangkan permohonan daripada beberapa parti yang menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu menjelang pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, isu mengenai pernyertaan ahli baharu menjadi antara agenda dibentangkan semasa perbincangan antara pucuk pimpinan BN pada mesyuarat Dewan Tertinggi gabungan itu, malam tadi.

Bagaimanapun, Zambry tidak menyebut nama parti tertentu yang didakwa sudah memohon untuk menjadi sebahagian daripada BN.

Walaupun diasak untuk memberikan jawapan berhubung spekulasi bahawa satu daripada parti itu adalah Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zambry enggan mengulas.

Sebaliknya beliau menegaskan, terdapat beberapa parti yang menyatakan hasrat menyertai BN.

“Saya tidak berhak untuk menyatakan siapa parti ini, tetapi apa yang pasti, ia lebih daripada satu pihak.

“Semua permohonan tersebut sedang disemak sekretariat BN,” katanya kepada media selepas mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn di sini.

Mesyuarat bermula pada jam 8.45 malam itu diadakan ketika BN membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum yang semakin hampir.

Pemimpin BN yang menghadiri mesyuarat itu adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Selain itu, Zambry mengumumkan pelantikan semula Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Bendahari BN untuk tempoh dua tahun akan datang.

Beliau berkata, ia selaras dengan fasal 8.3.E Perlembagaan BN.

Malah, Zambry berkata, pada mesyuarat itu, Ahli Majlis Tertinggi bersetuju mewujudkan sayap Puteri BN.

Jelasnya, sayap baharu gabungan itu akan diketuai Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

“Dewan Tertinggi juga bersetuju mewujudkan Puteri BN untuk menyelaras pergerakan wanita muda dalam semua parti komponen,” katanya.

Awal bulan ini, Zambry memberitahu The Star bahawa mesyuarat itu akan menjadi sebahagian daripada penilaian umum bagi persiapan BN menghadapi PRU15, selain kaedah untuk mendapatkan maklum balas daripada pemimpin komponen.

Pertemuan itu juga diadakan ketika kunjungan Mohamad ke seluruh negara bersama pemimpin BN untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan gabungan itu yang berusaha mengukuhkan kedudukan ke Putrajaya.

Sumber memberitahu The Star, pilihan raya dijangka diadakan selepas Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober. – The Vibes, 16 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Semasa 4 bulan yang lalu

KWSP Terima Lebih 2 Juta Permohonan Pindahan Dari Akaun Sejahtera Ke Akaun Fleksibel

3

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka