web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAS Tidur Sebantal Dengan UMNO, Mustahil Untuk Bersama PH Di Pahang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 4:49PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk penyokong Pakatan Harapan (PH) memihak kepada PAS atau Perikatan Nasional (PN) Pahang bagi menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pimpinan tertinggi Pemuda PH Pahang menerusi satu kenyataan bersama berkata, PAS serta blok PN ialah punca kejatuhan PH pada Februari 2020 melalui Langkah Sheraton, yang kini kekal sebagai kerajaan paling gagal dalam sejarah politik negara.

“Tidak dinafikan PH juga mempunyai visi dan impian yang sama dengan PAS, iaitu ingin menumbangkan kerajaan BN dan melakukan reformasi pentadbiran di Pahang sebagaimana dilaksanakan di Selangor serta Pulau Pinang. 

“Namun begitu, PH tidak mungkin boleh melupakan pengkhianatan PAS yang bersekongkol bersama BERSATU dan BN untuk menjatuhkan kerajaan PH melalui Langkah Sheraton,” katanya.

Kenyataan tersebut ditandatangani Ketua Angkatan Muda Harapan Pahang, Young Syefura Othman; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Mohd Mustaqim Abd Jalil; Ketua Pemuda Sosialis DAP Pahang, Leong Wai Hong dan Ketua Pemuda AMANAH Pahang, Muhammad Ibrohim Mazalan.

 Menurut kenyataan itu, PAS tergamak ‘tidur sebantal’ bersama musuh tradisi mereka iaitu BN melalui penubuhan Muafakat Nasional (MN).

“Mereka hanya berpisah apabila menjalinkan hubungan bersama BERSATU dan menubuhkan PN,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli memberi bayangan, parti tersebut mampu menawan Pahang pada PRU-15 seperti mana yang berjaya dilakukan ke atas Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum ini.

Ahmad Fadhli berkata, perkara tersebut tidak mustahil untuk direalisasikan apabila pelancaran jentera parti itu, Himpunan Hijau 3.0 atau Himpunan 20,000 (H20K) yang diadakan baru-baru ini, menerima sambutan menggalakkan.

 Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menegaskan, PAS memiliki peluang cerah untuk mengubah kepimpinan Pahang jika mendapat sokongan sepenuhnya daripada (penyokong) Pakatan Harapan (PH).

“Dalam PRU akan datang, jika penyokong PH dapat berfikir sejenak betapa pentingnya mengubah kepimpinan Pahang, Insya Allah PAS ada peluang menang atau setidak-tidaknya menjadi ‘pemegang syer’ paling besar dalam pembentukan kerajaan negeri berkenaan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, barisan pemimpin muda PH Pahang itu berkata, tindakan PAS menunjukkan parti berkenaan hanya mementingkan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja.

Jelas mereka, tindakan terbabit juga membuktikan bahawa sebarang kerjasama dengan PAS tidak menjamin satu hubungan politik yang stabil dan utuh. 

“Satu soalan yang ingin diajukan kepada PAS ialah, bolehkah PAS memberikan jaminan untuk tidak bertanding di sembilan kerusi yang dimenangi PH di Pahang dan memastikan komponen mereka dari PN juga tidak bertanding di semua kerusi tersebut? 

“Oleh itu, saranan dari Ketua Pemuda PAS ini wajar dibalas dengan perkataan Inggeris yang berbunyi thank you, but no thank you,” katanya.

Tambahnya, ketika ini kedudukan PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang jauh lebih kukuh jika dibandingkan dengan PAS.

“PH mempunyai sembilan kerusi di DUN Pahang, dengan tujuh daripadanya adalah daripada DAP dan dua lagi daripada PKR, berbanding PAS yang hanya memiliki lapan kerusi. 

“Maka boleh dirumuskan daripada perbezaan kerusi ini adalah kedudukan PH sebenarnya lebih kukuh jika dibandingkan dengan PAS di negeri Pahang,” kata kenyataan itu lagi.

Kesemua pemimpin pelapis tersebut menegaskan, PH selaku goverment in waiting perlu bekerja keras untuk meraih semula sokongan rakyat. 

“PH Pahang mesti mempertahankan sembilan kerusi yang telah dimenangi pada PRU-14 dan merangka strategi untuk menawan negeri ini. Parti anggota PH perlu memperbaharui bekerjasama dan memelihara keutuhan sedia ada. 

“Fokus utama adalah untuk memenangi pilihan raya yang akan datang agar nasib rakyat Pahang dan hal ehwal alam sekitar dapat dipelihara atau diurus dengan lebih baik dan telus,” katanya. - Getaran, 17 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad