web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skandal LCS : Saya Akan Tukar Perkataan Agar UMNO Tidak Lagi Terasa - Ahmad Fadhil

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 7:00AM

Ahmad Fadhli Shaari - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari komited dengan pendirian tidak mahu memburuk-buruk atau memfitnah mana-mana pemimpin UMNO berhubung skandal kapal tempur pesisir (LCS).

Menurut beliau, apa yang dituntut oleh PAS hanyalah mahu membawa kes berkenaan menjalani siasatan secara adil, telus serta mempunyai punca kuasa yang jelas.

Bagaimanapun, Ahmad Fadhli yang juga seorang daripada Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memohon maaf sekiranya kenyataan beliau ada ‘menguris’ hati mana-mana pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Saya mohon maaf kerana memainkan sentimen kononnya wujud rasuah (melibatkan) beberapa pemimpin UMNO.

“Sukalah saya ingatkan bahawa sejak tahun 2019 lagi saya bangkitkan isu LCS ini tanpa menyebut nama mana-mana parti dan mana-mana pemimpin. Mohon buktikan jika ada.

“Apa yang saya sebut ialah siasatan yang adil, telus dan bawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan. Saya tidak ada kaitan dengan pendedahan pihak-pihak lain selain daripada PAC yang saya sendiri seorang daripada ahlinya,” katanya hari ini.

Ahmad Fadhil bagaimanapun mengakui, pemilihan perkataan seperti pengkhianat dan rasuah yang digunakan ketika bercakap mengenai skandal LCS barangkali ada menyebabkan pihak tertentu terasa.

“Jika ada yang terasa, saya benar-benar memohon maaf,” katanya.

Kelmarin, Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri  menggesa ahli politik yang memburuk dan memfitnah pemimpin UMNO berhubung isu LCS meminta maaf atas keterlanjuran mereka menghasut rakyat.

Beliau menegaskan, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh telah menjelaskan bahawa kelewatan projek LCS adalah berpunca daripada masalah yang berlaku dalam Boustead Naval Shipyard (BNS).

Beliau menambah, Kah Woh turut menyatakan bahawa isu LCS tidak melibatkan salah guna kuasa kerajaan sama ada BN, Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH).

Syed Mohd Johan Rizal berkata, kenyataan Kah Woh itu sekali gus membuktikan kempen fitnah jahat pihak lawan terhadap UMNO ternyata tidak benar.

Sementara itu, Ahmad Fadhli dilihat turut menyindir UMNO apabila memberi jaminan akan menukar perkataan yang lebih bersesuaian, agar tiada mana-mana parti politik terasa.

“Insya Allah, selepas ini saya tukar kepada lain-lain perkataan yang saya harapkan tiada pihak terasa. Barangkali perkataan perompak, korup dan sebagainya tiada yang terasa.

“Atau jika ada senarai perkataan yang tidak boleh digunakan, mohon kepilkan,” katanya. - Getaran, 19 Ogos 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad