web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keluar UMNO Hanya 'Ranapkan' Karier Politik Sendiri - Zahid Hamidi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Aug 2022 9:19PM

Ahmad Zahid berkata UMNO kini sudah mencecah 76 tahun dan ini bermakna parti itu ada tradisi, sejarah dan kesinambungan dalam negara, justeru mereka yang memilih untuk keluar dari UMNO hanya akan memendekkan jangka hayat dalam politik. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin UMNO yang memilih untuk keluar dari parti hanya akan memendekkan jangka hayat mereka dalam arena politik negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah diambil ahli politik itu umpama percikan bunga api yang akhirnya kecewa dan berdengus dengan penuh emosi.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Menurut beliau, banyak hikmah dan kebijaksanaan UMNO mampu diwujudkan, malah ia terbukti menerusi sejarah serta tradisi yang diamalkan parti itu secara meluas.

“Patah tumbuh hilang berganti. Sekali air bah, sekali pantai berubah. UMNO sentiasa diuji zaman berzaman. Ramai keluar parti dalam sejarah yang panjang. Ada memilih menentangnya selepas itu, namun ia tetap teguh walaupun badai politik bergelora.

“UMNO bukanlah parti nyamuk yang baru ditubuhkan. Usianya kini mencecah 76 tahun (dan) bermakna partinya ada tradisi, sejarah dan kesinambungan dalam negara. Akhirnya UMNO juga tetap hidup, malar segar (evergreen) dan terus diyakini rakyat walaupun usaha memperlekehnya tetap ada,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 

UMNO Bergerak Ke Depan: Sejarah Tak dilupai 1. UMNO bukanlah parti nyamuk yang baru ditubuhkan. 2. Usia UMNO kini...

Posted by Zahid Hamidi on Thursday, August 25, 2022

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kekuatan UMNO terletak kepada ketulusan perjuangan akar umbi yang selama ini sentiasa teguh setia dan tidak mengkhianati parti.

 “Yang penting UMNO sentiasa bergerak ke depan, menyantuni rakyat dengan dasar realistik dan tidak menjanjikan bulan bintang seperti manifesto PH yang lalu.

“Marilah kita sama-sama mempertingkat azam kita untuk bergerak ke depan bersama UMNO dan tidak goyang walaupun badai politik melanda,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut mengingatkan ahli akar umbi agar tidak mengikut rentak pembangkang yang mahu melengahkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jelasnya, ini perlu dilakukan agar UMNO mampu ‘menutup’ pembangkang dalam menyusun strategi mempelbagaikan propaganda dan menambah serangan politik terhadap parti terbabit.

“Inilah asam garam politik yang perlu diharungi. Yang penting rapatkan barisan, tingkatkan kesetiaan kepada keputusan parti dan jangan biarkan kita dimanipulasi oleh musuh politik.

“Kita dalam arus politik perdana sangat faham akan gelagat mereka. Jangan bagi ruang seinci pun kepada pembangkang dan sekutu mereka untuk memporakperandakan UMNO,” katanya. - Getaran, 26 Ogos 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini