web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Barisan Kepimpinan PKR Solid, Anwar Beri Petunjuk Sedia Berundur

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Aug 2022 7:52PM

Anwar Ibrahim berucap pada Konvensyen Pilihanraya PKR di Shah Alam hari ini- Gambar Noreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bersedia untuk berundur daripada parti, bagi memberi peluang kepada generasi muda.

Perkara tersebut ditegaskan Ahli Parlimen Port Dickson itu yang berkata, PKR bukan sekadar memiliki suara golongan muda menerusi barisan kepimpinan tertinggi parti, sebaliknya meluas dan mewakili dua generasi. 

“Ini parti (yang) satu-satunya pimpinannya itu mewakili dua generasi. Kalau orang tanya Anwar, kamu lega dan selesa seandainya kamu pergi dahulu atau tahap waktunya terbatas, apakah kamu yakin parti dan perjuangan ini ditangan orang cekal atau berwibawa.

“Saya jawab Insya-Allah, tiada banyak parti lain. Kalau ada, sebut mana yang ada jawapan jelas seperti diamalkan PKR sekarang kerana kita mempunyai kerangka. Sebab itu, beri perhatian (kepada) kekuatan serta terjemahan cita-cita murni. Rafizi, tanggungjawab saya dan rakan-rakan jelaskan tentang matlamat murni dan perjuangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Pilihanraya PKR di Dewan Raja Muda Musa, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan,  Anwar menggesa pimpinan dan akar umbi untuk lebih ikhlas menyertai PKR, agar tiada lagi pengkhianatan dilakukan sehingga mampu menumbangkan parti tersebut serta Pakatan Harapan (PH).

Katanya, prinsip tersebut perlu dipratikkan agar jiwa serta amanah mampu dipelihara dan mampu memberikan khidmat terbaik kepada bangsa serta negara.

Menurut beliau, pemimpin rosak yang hanya memikirkan habuan dirinya atau individu terlibat dalam kes di mahkamah tidak seharusnya wujud dalam PKR.

“Negara tidak mampan sekiranya dikendalikan orang korup. Oleh itu, intipati PKR tidak boleh lari dari nilai dan sistem etika terkait kuat dengan fahaman agama dan sistem hidup. Ini perlu difahami untuk membangkitkan kesedaran rakyat dengan memastikan ada keprihatinan dan belas kasihan.

“Mana mungkin bangun kejayaan bagi kelompok kecil, sisihkan masyarakat. Konsep pembangunan PKR ini jelas dan keras, disebabkan sikap mempertahankan hak rakyat dan ini dengan sendiri kalau diamalkan akan mematahkan hujah orang (yang) membawa pemahaman perkauman sempit,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar menggesa setiap ahli PKR memperkasakan konsep berbilang bangsa yang diamalkan agar parti tersebut lebih kukuh dan sentiasa bergerak bersama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

“Kita mesti bergerak dengan yakin, tak boleh menang kalau agak defensif.

“Jika tidak yakin, kita tidak akan pernah berjaya. Kita tanya orang yang bicara tentang Melayu, 60 tahun berkuasa mana tanah rizab Melayu, apa jadi dengan FELDA, veteran tentera, anak muda ada pendidikan tapi tiada pekerjaan. Majoriti Melayu tapi mudah dipatahkan dengan sentimen janji mereka,” katanya. - Getaran, 27 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global